tag:blogger.com,1999:blog-48654802191384384962024-02-07T10:24:35.537+08:00Blog Rozi TelemongUnknownnoreply@blogger.comBlogger147125tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-60358404282834241452016-10-08T18:59:00.000+08:002016-10-08T19:29:41.310+08:00Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu.
Hari Sukan Negara peringkat Negeri Terengganu berlangsung di Dataran Batu Buruk hari ini 8hb Oktober 2016 anjuran kerajaan Negeri bersama Kementerian Belia dan Sukan. Disertai hampir 220 ribu peserta di seluruh negeri Terengganu. Dengan motto Jom Turun Padang, semua peringkat umur meyertai Hari Sukan Negara peringkat Negeri ini.
Sebanyak 20 acara diadakan di Hari Sukan Negara peringkat Negeri Terengganu ini. Tujuan utama kerajaan mengadakan program ini adalah untuk menggalakkan semua golongan masyarakat menyertai acara sukan dan mengamalkan cara hidup sihat.
Program telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,sumber Manusia Negeri Terengganu.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-53238960674898112162016-02-18T08:13:00.002+08:002016-02-18T08:19:03.053+08:00Terengganu Meterai Mou Pertingkatkan Sukan Berkuda
Bagi menggalakkan perkembangan sukan berkuda di Terengganu, satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kerajaan negeri dengan empat agensi dan jabatan lain.
Kerjasama tersebut dilakukan antara kerajaan negeri yang diwakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu diwakili pengarahnya, Shafruddin Ali Husin; Yayasan Terenggany diwakili pengarahnya, Mohamad Sulong; Majlis Sukan Negeri Terengganu diwakili pengarahnya, Ibni Amin Busu; Universiti Sultan Zainal Abidin diwakili Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif dan Universiti Malaysia Terengganu diwakili naib canselornya, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata MoU tersebut dilakukan bagi menaikkan sukan berkuda di kalangan pelajar disamping memperkenalkan sukan berkuda di Terengganu.
Katanya, pihak kerajaan turut memohon dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi pengiktirafan kepada Terengganu supaya dijadikan tempat utama bagi sukan kuda lasak.
“Kita mempunyai fasiliti lengkap untuk menganjurkan sukan berkuda lasak di Terengganu.
“Sebelum ini, kita pernah mengadakan kejohanan di peringkat antarabangsa. Jadi, satu permohonan telah dibuat supaya Terengganu dijadikan sebagai venue sukan kuda lasak bagi Kejohanan Sukan SEA,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Sukan Negeri Terengganu di Kuala Lumpur, malam tadi.
Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
Sumber : TKUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-13607453194010751262016-01-02T02:15:00.000+08:002016-01-02T02:15:06.991+08:00Litar Lumba 12.6 Juta Siap Akhir 2016.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM12.6 juta bagi pembinaan litar lumba yang diiktiraf oleh Automobile Association of Malaysia (AAM), kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
“Pembinaan litar yang lengkap ini akan boleh digunakan bagi mengawal aktiviti lumba ditempat yang tidak sepatutnya sekaligus mengatasi masalah sosial dan kadar kemalangan jalan raya.
“Pembinaan litar ini lengkap dengan komponen utama seperti litar Cub Prix, Sprint Test, Drift serta menara kawalan bagi kegunaan antarabangsa,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Litar Lumba Permotoran di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, semalam.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik.
Pembinaan litar lumba tersebut dijangka akan siap sepenuhnya menjelang akhir 2016.
Sumber : TeganuKita
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-40060118185062399262015-10-31T16:04:00.001+08:002015-10-31T16:04:04.044+08:00Selamat Tinggal Paulo Rangel.
Paulo Rangel sah tinggalkan Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengesahkan kontrak penyerang import, Paulo Rangel ditamatkan susulan persetujuan bersama dalam perbincangan yang diadakan, hari ini.
Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata hasil rundingan antara persatuan dan Rangel mengambil pendekatan untuk menamatkan kontrak setahun lebih awal. Beliau berkata, kontrak Rangel bersama Terengganu sepatutnya berakhir tahun depan namun bersetuju untuk menamatkannya lebih awal.
“Hasil perjumpaan dan rundingan dengan Rangel bersama ejennya pagi tadi, kita bersetuju untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.
“Keputusan yang dibuat ini sekali gus menyelesaikan kemelut yang timbul sebelum ini,” katanya , di sini, hari ini.
Arpin berkata, pihaknya akan menyelesaikan gaji dan membiayai kos penerbangan pemain berusia 30 tahun itu untuk pulang ke negara asalnya, Brazil.
“Rangel meminta kita membeli tiket penerbangan pulang ke Brazil pada 5 November ini dan kita bersetuju membiayainya,” katanya.
Bekas penyerang Perak dan Selangor itu menyertai Terengganu selepas menandatangani kontrak pada November tahun lalu selama dua tahun sehingga 2016.
Sejak menyarung jersi Terengganu, Rangel menjaringkan 16 gol dengan lapan gol daripadanya dalam aksi Liga Super, enam Piala FA dan dua Piala Malaysia. -bhUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-42307449880710588472015-10-12T11:20:00.001+08:002015-10-12T11:20:11.207+08:00Kompleks Sukan Hulu Terengganu mula dibina.
Kompleks Sukan lengkap dengan pelbagai prasarana yang menelan belanja sehingga RM50 juta mula dibina di Hulu Terenganu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata kompleks sukan pertama di bawah kerajaan negeri itu akan menyediakan infrastruktur lengkap kepada peminat sukan.
“Tender sudah diumumkan dan sekarang kerja-kerja permulaan telah dilakukan oleh kontraktor terlibat.
“Kompleks sukan yang dijangka siap tahun hadapan ini lengkap dengan padang bola, trek olahraga, padang hoki serta bowling padang. Manakala bagi ‘indoor’ pula ianya lengkap dengan gelanggang futsal, bola jaring dan juga badminton,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) di Green Acres Golf & Country Club Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rusli Yusoff.
Pada majlis itu, Rajemah Syeikh Ahmad dinobatkatkan sebagai Tokoh ASUS dan membawa pulang RM2,000 serta trofi dan sijil.
Bagi Kategori Pemimpin Lelaki, Yusrisyam Ibrahim dipilih manakala Kategori Pemimpin Wanita pula, Nor Aida Che Husin diberi penghargaan menerima anugerah tersebut. Masing-masing membawa pulang RM2,000 berserta trofi dan sijil.
Kelab Gimnasium Rakyat Gimas Dungun pula memenangi tempat pertama dalam Kategori Persatuan Sukan sekaligus melayakkan mereka menerima wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan sijil diikuti Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu (RM4,000 berserta trofi dan sijil) Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuala Terengganu (RM3,000 berserta trofi dan sijil).
Sumber: Teganukita
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-46313037002201697962015-09-23T17:46:00.000+08:002015-09-23T17:46:55.500+08:00Kerajaan Negeri Terengganu hadiahkan pemain THT Umrah dan 10 ribu.Ahmad Razif bergambar bersama Piala TNB dan Liga Premier TNB-MHL yang dimenangi pasukan THT.
Kerajaan negeri Terengganu menghadiahkan pakej umrah dan wang tunai RM10 ribu kepada pemain dan pegawai pasukan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dan lawatan luar negara kepada pemain bukan Islam susulan kejayaan mereka menjulang kejuaraan berganda Piala TNB dan Liga Premier TNB-MHL.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia sebagai penghargaan kepada THT yang telah mengharumkan nama negeri Terengganu dalam arena hoki tanah air buat 2 tahun berturut-turut.
‘Kerajaan negeri bersetuju memberikan wang tunai sebanyak RM10 ribu dan pakej umrah manakala bagi pemain bukan Islam diberikan lawatan ke luar negara yang mempunyai sama nilai dengan umrah’
‘Kos keseluruhan bagi ganjaran ini berjumlah lebih RM1 juta’.
‘Saya berharap pasukan THT terus berusaha mengekalkan kejuaraan ini pada musim depan’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita Terengganu Times selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman tengah hari ini.
Turut hadir Pengerusi Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Dato’ Rozi Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda, Presiden THT Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dan barisan pemain THT.Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) menerima insentif daripada kerajaan negeri Terengganu.
Ahmad Razif berharap kejayaan yang dilakukan oleh pasukan THT ini menjadi pemangkin semangat dan dicontohi oleh persatuan sukan yang lain yang pada masa yang sama mampu menaikkan bidang sukan negeri Terengganu.
Sementara itu, para pemain dan pegawai THT akan mengadakan lawatan ke London pada 29 September ini untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sana.
Sumber : Terengganu Times
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-42103688005005141372015-07-24T01:42:00.004+08:002015-07-24T01:42:44.638+08:00HAFIFI BURU TIKET KE OLIMPIK .. SEMOGA BERJAYA
Atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor berazam untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan menerusi dua kejohanan penting tahun ini.
Bagi merealisasikan impiannya itu Mohd Hafifi, 25, perlu beraksi cemerlang dalam Kejohanan Asia di Phuket Thailand pada September dan Kejohanan Dunia Amerika Syarikat pada November.
Katanya sebagai persiapan Mohd Hafifi dan jurulatihnya, Lukman dari Indonesia akan ke Australia bagi menjalani latihan selepas Aidilfitri ini.
“Jurulatih saya ini sangat berpengalaman, beliau pernah membawa ramai atlet angkat berat Indonesia ke Sukan Olimpik sebelum ini. Saya juga pernah berlatih bersama-sama atlet Olimpik Indonesia.
“Jika dilihat dari segi saiz badan, badan saya lebih besar daripada mereka, tetapi itu tidak menjamin seseorang atlet itu hebat. Dalam angkat berat, kami perlu tahu menggunakan teknik dalam setiap angkatan, pelbagai teknik yang saya belajar dengan jurulatih Lukman,” katanya.
Beliau perlu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik.
Selain daripada menjalani latihan, Mohd Hafifi turut berdisplin dalam pengambilan ubat-ubatan supaya tidak terjebak dalam pengambilan barang larangan yang akan menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik.
Atlet berasal dari Kuala Terengganu itu merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel dalam kategori 69 kg di Glasgow, Scotland tahun lepas.
Sumber: TeganuKita
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-9098850728951407332015-06-27T05:20:00.000+08:002015-06-27T05:20:00.695+08:0026 Atlet terima Skim Hadiah Kecermelangan.
Kerajaan negeri menyerahkan Skim Hadiah Kemenangan kepada Atlet Terenganu yang telah mengharumkan nama Malaysia pada kejohanan Sukan SEA ke-28 di Singapura.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ab Rashid Jusoh berkata seramai 26 orang atlet termasuk tiga jurulatih menerima Skim Hadiah Kemenangan dengan jumlah kesuluruhan RM59,500.
“Seramai 65 orang atlet dari Terengganu telah menyertai temasya Sukan SEA di Singapura baru-baru ini melibatkan 18 jenis sukan.
“Bagi atlet yang memenangi pingat emas individu masing-masing menerima RM4,000 manakala berpasukan RM2,500. Bagi pingat perak pula masing-masing membawa pulang RM3,000 (individu) dan RM2,000 (berpasukan) manakala gangsa RM2,000 (individu) dan RM1,500 (berpasukan),” katanya.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian insentif kepada atlet dan berbuka puasa yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
Dalam majlis sama, Ab Rashid menerima sumbangan sebanyak RM132,500 dari kerajaan sebagai gantian perbelanjaan untuk atlet Terengganu sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Sementara itu, pesilat negara yang memenangi emas bagi kategori 60-65 kilogram, Siti Rahmah Mohamed Nasir amat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan kepada atlet-atlet.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas insentif yang diberikan kepada kami sebagai atlet.
“Alhamdulillah. nampaknya, ada bonus sikitlah untuk hari raya tahun ini. Saya pun ada niat untuk bawa emak saya menunaikan umrah sebelum ini. Insya-Allah, mungkin lepas ni boleh bawa,” katanya.
Bagi pemenang dua emas acara kriterium dan lebuh raya lepas beramai-ramai dalam sukan berbasikal iaitu Harrif Saleh, imbuhan tersebut dianggap sebagai hadiah hari raya yang bermakna.
“Memang saya gembiralah dengan insentif ini. Harap ia dapat menguatkan semangat saya memberi yang terbaik dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang,” ujar beliau.
Bagi rakan sepasukannya yang juga jaguh pecut berbasikal negara, Anuar Manan, insentif tersebut menjadi perangsang untuk beliau terus berusaha memajukan diri dalam sukan berkenaan.
Baru mendirikan rumah tangga bulan lepas, Anuar yang memenangi pingat gangsa bagi acara lebuh raya lepas beramai-ramai terharu kerana segala usaha mereka selama ini sentiasa dihargai oleh kerajaan negeri.
“Buat masa ini, kami ambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan berbasikal sepanjang bulan puasa ini bagi memberi tumpuan kepada ibadah dan keluarga dan mungkin lepas raya baru sambung balik. Apapun, kami tetap berlatih seperti biasa pada waktu malam,” katanya
Sumber : Teganu Kita
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-762821082733669922015-05-02T02:04:00.005+08:002015-05-02T02:04:46.744+08:00Bumbung Tetap Dibina di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin - YAB MB
Dengan kos baik pulih melibatkan hampir RM29 juta, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan mula digunakan bermula 16 Mei ini bagi perlawanan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu dan Lions XII apabila ia mendapat kelulusan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 7 Mei nanti.
Pembaikan stadium tersebut yang telah bermula pada November lalu membabitkan 16 kontraktor bagi mempercepatkan proses baik pulih akibat daripada bumbungnya telah roboh pada tahun 2009 selepas siap dibina pada 2008.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun ianya telahpun siap dibaiki bagi kegunaan perlawanan bola sepak, masih ada perkara yang bakal ditambah bagi keselasaan penonton.
“Saya masih menunggu reka bentuk bumbung daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk ditambah di bahagian enam dan tujuh dimana tempat tersebut akan dijadikan sebagai kawasan tempat duduk utama.
“Namun demikian, bumbung yang akan dicadangkan adalah tidak berat dan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dijadikan sebagai contoh bagi pembinaannya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas selesai Majlis Solat Hajat dan Tazkiran Perdana 2015 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusian Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
Tambahnya, dengan adanya stadium tersebut, lebih ramai yang bakal menyaksikan perlawanan bola sepak disitu.
“Jika sebelum ini, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang digunakan bagi perlawanan bola sepak mempunyai kapasiti penonton kecil dan menyebabkan peminat bersesak-sesak bagi menyaksikan perlawanan.
“Dengan pembukaan semula stadium ini yang boleh memuatkan 34,000 orang, ianya akan memberi keselesaan kepada penonton yang turut ingin membawa keluarga bersama bagi menyaksikan perlawanan bola sepak,” katanya.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga bercadang memberi kemudahan kepada penaja yang telah membantu kepada pertumbuhan serta pembangunan sukan di negeri Terengganu.
“Papan-papan iklan penaja yang telah memberi bantuan terutama dari segi kewangan dalam menaikkan sukan di negeri ini bakal dinaikkan sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
“Disamping itu, dengan cara ini sekaligus dapat menarik penaja-penaja lain untuk turut menaja serta melabur bagi sukan di negeri ini kerana ianya dilihat sebagai satu situasi yang menguntungkan kesemua pihak,” katanya.
Pada majlis yang sama, Ahmad Razif turut menandatangani jersi gergasi pasukan Terengganu dan T-Team sambil disaksikan oleh pemain-pemain pasukan tersebut.
Sumber : TeganuKita
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-70756314332929487102015-04-19T11:27:00.002+08:002015-04-19T11:27:28.352+08:00Mobile CTC Akses Penduduk Luar Bandar
Program Mobile Community Transformation (Mobile CTC) membolehkan perkhidmatan penting sampai kepada penduduk luar bandar dan pendalaman yang tiada akses mudah kepada agensi-agensi kerajaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk ‘merakyatkan perkhidmatan awam’.
Pendekatan yang digunakan adalah melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang di ilhamkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata program Mobile CTC ini merupakan satu usaha yang mempamerkan kesungguhan Kerajaan dalam membawa kesejahteraan kepada rakyat yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan bergerak Kerajaan merentasi pelbagai Kementerian,jabatan dan Agensi Kerajaan.
“Keputusan Kementerian Kewangan mengadakan Program Mobile CTC di Kuala Telemong adalah satu keputusan yang tepat bagi membolehkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan dengan mudah dan cepat.
“Selain itu, melalui program-program yang di anjurkan seperti sukaneka serta pertandingan warna kanak-kanak dapat meningkatkan semangat kekitaan dan kesejahteraan di kalangan penduduk” katanya sempena Majlis Perasmian Program Mobile CTC di Kuala Telemong.
Beliau turut menyarankan sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di tubuhkan di kawasan yang strategik seperti di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong yang rata-ratanya merupakan kawasan pendalaman yang jauh daripada bandar utama.
“Tidak semua penduduk mempunyai masa atau kenderaan untuk melakukan sesuatu urusan yang berkaitan dengan kerajaan.Sekiranya RTC ada di tempat mereka ,ini lebih menyenangkan mereka untuk melakukan sebarang urusan selain meringankan beban mereka.Barulah selaras dengan slogan Kerajaan yang rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” katanya lagi.
Lebih kurang 22 buah agensi yang turun padang sempena program tersebut untuk memberikan khidmat termasuklah Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara serta Pasar Bergerak 1Malaysia.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Dato’ Wan Mohd, Timbalan Pengarah kanan (Pemantauan) Kementerian Kewangan Malaysia serta pegawai-pegawai kanan jabatan dalam daerah Hulu Terengganu.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-33741712230006623162015-04-05T17:56:00.001+08:002015-04-05T17:56:59.962+08:00Penerangan GST perlu Ringkas dan Mudah Difahami Rakyat - Dato Rozi Mamat.
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST ) adalah lebih telus dan seragam berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ketika kerana mempunyai banyak kelemahan seperti cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat yang menjadi punca harga sesetengah barangan dan perkhidmatan menjadi mahal.
Perbezaan GST dengan SST ialah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu ia dikenakan pada semua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping peniaga boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar terhadap input perniagaannya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata berbanding sistem SST yang mana cukai jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang dikeluarkan daripada kilang atau diimport, sementara cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu pada peringkat ia disediakan kepada pengguna.
“Oleh yang demikian peniaga juga dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan GST kepada barangan yang dikecualikan seperti keperluan harian kerana ini boleh menimbulkan masalah kepada pengguna yang akan menyalah tafsirkan perlaksanaannya dan menghentam kerajaan.
“Masalah sekarang adalah pemahaman rakyat di peringkat akar umbi tentang GST yang menimbulkan kekalutan kerana penerangan yang diberikan terlalu padat dan menggunakan bahasa yang tidak dapat difahami rakyat marhain.Semua agensi mesti faham tentang GST sebelum terangkan kepada orang ramai kerana tidak semua agensi yang tahu tentangnya,”katanya.
Dato’ Rozi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Ehsan Mangsa Banjir DUN Telemong di Jenagor, Hulu Terengganu, kelmarin.
Katanya, kerajaan dan pihak berkaitan perlu menerangkan secara tepat dan ringkas mengenai cukai berkenaan supaya kefahaman mengenainya lebih meluas dan tidak disalahtafsir oleh rakyat.
Beliau berkata, GST yang sudah dilaksanakan di lebih 140 negara seluruh dunia juga apabila dilaksanakan bukan hanya akan memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah, malah seluruh rakyat selain meningkatkan hasil cukai kerajaan serta mengelakkan ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa Persatuan Bola Sepak Terengganu tidak akan menaikkan harga tiket kerana GST berikutan dan persatuan akan menanggung kosnya.
Di majlis itu, seramai 941 orang penerima daripada 27 kampung yang terlibat dengan banjir menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri dan RM500 daripada Kerajaan Pusat yang melibatkan jumlah keseluruhan RM941,000Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-11401755477958824822015-03-31T23:12:00.004+08:002015-03-31T23:12:52.997+08:00Persatuan Belia Aktif Dapat RM 5000 - Dato' Rozi Mamat.
Sebanyak 623 persatuan belia yang berdaftar di bawah Jabatan Belia dan Sukan Daerah serta Negeri dan Majlis Belia Negeri Terengganu bakal memperoleh peruntukan pentadbiran selewatnya Mei ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata Terengganu merupakan antara negeri yang memberi peruntukan paling besar kepada persatuan belia berbanding negeri-negeri lain.
“Setiap persatuan yang berdaftar ini akan memperoleh peruntukan pentadbiran sebanyak RM5,000 setahun.
“Walau bagaimanapun, mereka haruslah mematuhi syarat yang telah ditetapkan antaranya persatuan hendaklah menghantar laporan bulanan dan juga aktif dalam menjalankan aktiviti,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia 2015 Sidang 1, Tahun 2015 Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu.
Turut hadir Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Engku Azman Sayed Mohd.
Tambahnya, peruntukan itu diberi bertujuan untuk menunjukkan bahawa kerajaan negeri mengambil cakna terhadap belia di Terengganu.
“Sebelum ini peruntukan yang diberikan hanyalah sebanyak RM2,000 setahun bagi setiap persatuan yang bergerak aktif.
“Dengan penambahan aktiviti bagi persatuan yang bergerak aktif, peningkatan peruntukan ini bersesuaian untuk mereka lebih bersemangat menjalankan program,” katanya.
Kira-kira 1,500 orang penerima menerima bantuan Pasca Banjir Pantai Timur di bawah Program 3K (Kebersihan,Kesihatan dan Kesejahteraan) Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) dengan kerjasama Syarikat Electrolux Malaysia.
Penerima daripada 27 buah kampung di Dewan Undangan Negeri Telemong serta Daerah Setiu menerima bantuan kit banjir, barangan dapur dan wang tunai bernilai hampir RM400 seorang sebagai tanda keprihatinan terhadap penderitaan mangsa menempuhi bencana banjir baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan BSMM, Datuk Wira Dr Bahari Datuk Abu Mansor, berkata sehingga kini bantuan pihak-pihak korporat untuk diberikan kepada mangsa banjir masih diterima oleh BSMM.
Katanya, BSMM juga sedang mengenal pasti dua kampung angkat di Hulu Terengganu untuk dibantu dalam program bantuan pasca banjir, selain itu program BSMM ini mensasarkan komuniti yang tinggal di kawasan berisiko tinggi dilanda banjir.
“Kami buat penilaian ini berdasarkan kaedah yang dibuat di negara lain yang menghadapi masalah banjir yang kita dapat pada waktu ini. Kami harap projek ini dapat diselesaikan dalam tempoh setahun ke dua tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian 3K BSMM di Masjid Tengkawang Telemong, Hulu Terengganu, semalam.
Turut hadir, pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pengarah Pemasaran Elektrolux (M) Sdn Bhd, Cik Wendy Ho dan Pengerusi BSMM Cawangan Terengganu, Dato Hj Adzlan Mohd Dagang.
Menurut Bahari, program itu juga bertujuan untuk mendidik budaya yang peka terhadap keselamatan dan keselamatan diri serta bersedia untuk berdepan krisis bencana.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-36482810083397934232015-03-11T00:56:00.002+08:002015-03-11T00:56:32.720+08:00KOMEN ISU PADANG LATIHAN SKUAD TERENGGANU.
KUALA TERENGGANU – Ketiadaan padang latihan bukan faktor utama kegagalan pasukan Terengganu dalam mengutip mata penuh pada aksi keempat saingan Liga Super bertemu Angkatan Tentera Malaysia apabila meraih keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat menyifatkan, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim gagal memanfaatkan peluang terhidang sepanjang perlawanan itu, selain membuka peluang kepada ATM untuk meraih jaringan penyamaan di penghujung permainan.
Menurutnya, soal peralihan lokasi latihan kepada padang rumput tiruan tidak timbul, sebaliknya perkara itu hanyalah faktor sampingan memandangkan pihaknya sebelum ini meminta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyediakan kemudahan padang di Kompleks Sukan Gong Badak untuk skuad Penyu menjalani latihan.
“Kita ada banyak padang di Kompleks Sukan Gong Badak dan mereka (PBSNT) perlulah membuat jadual mengikut kesesuaian sesi latihan yang diperlukan. Sebelum ini, saya difahamkan mereka menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Tetapi disebabkan kerja baik pulih sudah memasuki fasa terakhir, mereka perlu beralih ke lokasi lain. Kita masih ada banyak lagi padang di sekitar Kuala Terengganu termasuklah di padang astaka, Marang.
“Jadi, pihak pengurusan dan kejurulatihan perlulah lebih peka terhadap keperluan semasa pasukan untuk menjalani latihan,” katanya, semalam.
Pemain Terengganu menjalani latihan di padang tiruan di Kompleks Sukan Gong Badak.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ketua jurulatih skuad Penyu, Abdul Rahman Ibrahim yang menyifatkan ketiadaan padang latihan dan terpaksa menjalani latihan di padang rumput tiruan sejak seminggu lalu menyebabkan pemain kepenatan, sekali gus gagal mempamerkan aksi cemerlang sehingga tamat perlawanan.
Katanya, latihan di padang tiruan sememangnya memerlukan banyak tenaga dan kebanyakan pemain hanya boleh bermain mencapai tahap 60 hingga 70 minit, disebabkan faktor kepenatan selepas seminggu menjalani latihan di padang tiruan.
Mengulas lanjut perlawanan kelmarin, Rozi yang turut menyaksikan perlawanan itu mengakui, corak permainan skuad Penyu semakin membanggakan, tetapi masih ada beberapa ruang perlu diperbaiki dengan segera memandangkan saingan masih panjang dan peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam liga tampak kian cerah. -Sinar Harian
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-88603059951193616582015-03-10T08:45:00.001+08:002015-03-10T11:02:53.051+08:00ADIQ HUSAINIE SAMBAR JERSI PUTIH.
SUNGAI PETANI - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Adiq Husainie Othman mempamerkan taringnya dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 semalam dengan muncul selaku pelumba terbaik Asia manakala manakala pendahulu keseluruhan kekal milik Andrea Guardini selepas tamat peringkat kedua semalam.
Adiq Husainie merampas jersi putih yang disarung oleh Ma Guantong dari pasukan China, Hengxiang Cycling Team setelah dia muncul pelumba ketiga melepasi garisan penamat perlumbaan dari Alor Setar ke Sungai Petani.
Guardini dari pasukan Astana Pro Team muncul juara peringkat buat kali kedua berturut-turut, manakala pelumba Orica Greenedge, Caleb Ewan menamatkan perlumbaan sejauh 185 kilometer itu terus mengekori di tempat kedua.
Perancangan Adiq Husainie, 24, dalam perlumbaan berprestij Asia edisi ke-20 itu nampaknya berhasil semalam walaupun dia terjatuh kira-kira 400 meter dari garisan penamat untuk mengumpul masa keseluruhan 6 jam 49 minit 35 saat.
“Saya memang nak sangat sarung jersi putih, saya berusaha melakukan kayuhan terbaik bagi memastikannya menjadi milik saya hari ini.
“Kejayaan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk perlumbaan peringkat ketiga esok (hari ini) dan saya akan cuba mempertahankannya sedaya upaya...kalau boleh sampai ke Terengganu,” kata bekas pelumba terbaik Malaysia itu sejurus menamatkan saingan.
Ditanya apakah ramuan sehinggakan penampilan TSG kali ini tampak garang, anak jati Terengganu itu berkata, rahsianya adalah perubahan dari segi taktikal yang dapat dirasai setelah menjalani latihan di Chiangmai, Thailand selama empat bulan sebagai persediaan untuk LTdL.
“Pengurus dan jurulatih pasukan memang memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi saingan kali ini. Segalanya tersusun cantik.
“Hasilnya sangat berbeza berbanding tahun lepas dan kita boleh lihat sendiri hasilnya pada hari ini dan semalam.
“Tambah lagi sebelum ini kita menyertai Jelajah Filipina dan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat. Di situ kami mula mempelajari sesuatu,” katanya.
Secara keseluruhan, katanya LTdL kali ini seharusnya akan memberi kelebihan kepada pelumba tempatan untuk menyerlah pada akhir perlumbaan kelak kerana ketiadaan laluan menuju ke Genting Highlands, yang sebelum ini diletakkan sebagai peringkat kedua terakhir.
“Laluan ke Bukit Fraser tidak susah seperti ke Genting Highlands dan ini baik untuk saya. Pasukan saya juga berpeluang dengan laluan baharu ini.
“Malah, ini akan menjadikan peluang kita untuk menang semakin cerah, dengan ketiadaan pelumba dari Iran dan mencerahkan hasrat saya untuk mengekalkan jersi putih ini,” katanya.
Sumber : Utusan online
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-70130285222744859992015-03-08T17:45:00.001+08:002015-03-08T17:45:14.633+08:00Industri Perkayuan Terengganu menyediakan 5000 peluang pekerjaan.
Eskport produk kayu di Terengganu mencecah RM 70 juta setahun, dengan 50 peratus daripadanya disumbangkan oleh kayu gergaji diikuti kayu kumai dan kayu berketam.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, perkembangan secara purata dalam tempoh 10 tahun itu sekali gus membolehkan industri perkayuan Terengganu menyediakan 5,000 peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.
Beliau menambah, ketika ini sektor itu didominasi oleh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah Golden Pharos Berhad.
“Oleh itu, saya ingin mencadangkan Golden Pharos dapat melihat semula potensi industri kayu agar lebih memfokuskan kepada kekuatan yang ada di negeri ini. Salah satu sektor yang boleh ditekankan adalah aplikasi kayu berkejuruteraan tinggi seperti yang terdapat di negara maju.
“Ini merupakan satu landasan bagi Golden Pharos untuk menerokai bidang ini disamping lain-lain produk kejuruteraan,” katanya ketika berucap dalam majlis pra-pelancaran Pameran Perkayuan Antarabangsa Terengganu (TINTS) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Khas Kepada Menteri Besar, Mohammad Yusof.
Hadir sama, Ketua Pengarah MTIB, Dr. Jalaluddin Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Wan Mohd Rubi Wan Jusoh.
Sementara itu, Rozi berkata, terdapat sebanyak 93 buah syarikat dan 53 daripadanya adalah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sama ada sebagai pembekal atau pengeksport kayu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penganjuran TINTS kali kedua yang dijadualkan pada 22 hingga 25 Oktober depan, Rozi berharap inisatif tersebut mampu menarik peserta dan pengunjung daripada negeri jiran termasuk dari Kelantan serta Pahang, seterusnya negara luar.
Pameran selama empat hari itu merupakan anjuran bersama Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), MTIB dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Pada penganjuran tahun lalu, TINTS mencatatkan jumlah pengunjung seramai 30,000 orang serta jualan produk hampir RM1 juta.
Sumber : Teganukita.my
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-54936317850818211202015-03-03T16:53:00.001+08:002015-03-03T16:53:21.147+08:00TSG Dapat Penajaan 1.98 Juta.
Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima tajaan melebihi RM1.9 juta daripada 12 agensi terkemuka kerajaan dan bukan kerajaan dalam majlis pelancaran jersi pasukan dan memperkenalkan pelumba-pelumba serta penaja pasukan berbasikal negeri hari ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmaf Razif Abdul Rahman itu turut memperkenalkan barisan pelumba pasukan musim 2015 yang diwakili sepuluh orang anak tempatan dan seorang pelumba import dari Singapura di mana pengurusan pasukan berada di bawah Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Dato Rozi Mamat.
Sementara itu, Zhen Yu Feng dari United States dilantik sebagai pengurus pasukan manakala Sebastian Duclos dari France dilantik sebagai ketua jurulatih bagi tahun ini.
Dalam pada itu, Ahmad Razif ketika ditemui pemberita menyatakan harapan yang tinggi terhadap pasukan TSG untuk memperoleh kemenangan podium yang lebih banyak dalam kejohanan Le Tour De Langkawi tengah bulan ini.
Beliau turut menyatakan bahawa pasukan TSG merupakan duta kepada kerajaan negeri Terengganu dalam mempromosikan negeri Terengganu kepada negara-negara luar.
Turut hadir dalam majlis ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato Zubir Embong, Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Abdul Rashid Jusoh.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-88624447338216338582015-02-16T20:32:00.002+08:002015-02-16T20:32:57.281+08:00Skuad Sukarelawan TTB jadi Unit Khas Kerajaan Negeri.
Kerajaan negeri akan memperkasakan peranan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) sebagai satu unit khas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihak berwajib dalam setiap kerja sosial dan sukarelawan pasukan itu tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, berkata unit yang ditubuhkan di bawah portfolio beliau akan memperuntukkan sejumlah bajet khusus dan pelantikan jawatankuasa bagi melancarkan pentadbiran serta mencapai hasrat penubuhannya selaras dengan konsep TTB.
“Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan belia di Terengganu, saya amat teruja malah tidak pernah menduga, hikmah di sebalik musibah banjir yang melanda negara khususnya Pantai Timur berjaya menerbitkan budaya muafakat, kasih-sayang dan jati diri yang luar biasa di kalangan orang muda.
“Biarpun pada hakikatnya, Skuad Sukarelawan TTB yang disertai anak muda seawal 15 hingga 40 tahun sudah lama wujud, namun banjir yang lalu memberi impak yang besar dan membuka mata ramai mengenai objektif serta sasaran penubuhannya,” katanya baru-baru ini.
Rozi berkata, keahliannya bertambah dengan mendadak dan mencecah sehingga 1,500 orang berikutan kesedaran yang tinggi di kalangan anak muda selepas melihat penderitaan ramai mangsa banjir sekaligus bertujuan menjayakan misi kemanusian banjir di Machang, Dabong (Kelantan) serta Pekan dan Temerloh (Pahang), baru-baru ini.
Katanya, sejajar denganpenubuhannya bukan semata-mata mengejar kuantiti sebaliknya menekankan kualiti keahlian skuad itu akan diperhalusi bagi mengutamakan kualiti dan bukan semata-mata kuantiti.
Tambah beliau, peranan skuad itu bukan sahaja membantu pasca banjir malah bersedia mengerah tenaga untuk sebarang kerja sosial yang lain seperti bergotong-royong membersihkan persekitaran masjid, pusat rekreasi dan juga rumah kebajikan.
Menurut Rozi, pada masa akan datang setiap ahli akan dřihantar menyertai kursus tertentu termasuk latihan asas keselamatan seperti bantuan kecemasan, memadam kebakaran dan pengendalian bot supaya lebih bersedia berdepan dengan pelbagai situasi yang genting dan bencana.
sumber TKUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-72023637628372680592015-02-12T21:19:00.001+08:002015-02-12T21:19:38.654+08:00BELASUNGKAWA :Datuk Hj Hasbullah Awang.
KUALA LUMPUR: Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang, 63. dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.
Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam twit terbarunya meluahkan rasa sedih ke atas pemergian Allahyarham yang dianggapnya sebagai ‘Suara Sukan Malaysia’.
Generations will remember Datuk Hasbullah Awang’s voice. Memories of Malaysia’s sporting triumphs & failures intertwined with his commentary
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015
Sedih mendapat berita pemergian ‘the voice of Malaysian sports’ Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015
Allahyarham merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Allahyarham mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau. Ramai yang berpendapat, Allahyarham memiliki tonesuara yang mempunyai weight tersendiri.
Allahyarham yang dilahirkan 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak, memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 RTM selain pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.
Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.
Ketika mengulas perlawanan bolasepak, Allahyarham mempunyai gaya yang tersendiri, beliau akan menyebut asal pemain yang sedang beraksi, apa kegemaran pemain tersebut dan siapa mencungkil bakat pemain itu.
Penonton bukan hanya sekadar melihat aksi pemain itu dan mendengar celoteh pengulas tetapi dapat juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang bintang sukan yang mereka minati.
Itulah kelebihan insan bernama Hasbullah Awang yang mungkin sukar dicari ganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah
ANTARA ULASAN HASBULLAH AWANG YANG MENJADI KENANGAN
Astro Awani | Kemas kini: Februari 12, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 12, 2015 18:02 MYT)
KUALA LUMPUR: Datuk Hasbullah Awang merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan dan mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.
Allahyarham pernah menghiburkan kita semua dengan ulasan-ulasan beliau yang mempunyai gaya tersendiri. Berikut adalah antara ulasan Allahyarham yang menjadi kenangan peminat-peminat sukan tanahair.
1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun”
2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki
3. “Dia mengapung-apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam gelangang”
4. “Rashid terbang bagaikan kupu-kupu…” Piala Thomas 1992
5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”
6. “Penyokong Pahang membelah banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006
7. “Oh sayang…hanya ketepatan saja yg tidak menepati….. ”
8. “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”
9. “Manusia paling pantas dimuka bumi”
10. “Ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang…bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor…mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…”
11. “Safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. Safee Sali di situ.. Safiq diseberang sanaa menanti bola”
12. “Satu rembatannn…ooo…terkena palang…sayang sekali…palang menjadi penghalang”
13. “Mereka berkampong di kawasan penalti”
14. “Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar dicari… Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali”
15. “Bola dikaki Badrul Muhayat…oo maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat seorang pelakon.”
Terima kasih Datuk Hasbullah Awang. Kami – peminat sukan di Malaysia – pasti merindui suara dan ulasan anda yang tentunya sukar dicari ganti.
SUMBER : MyKMU
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-36784002058854567722015-02-08T09:33:00.001+08:002015-02-08T09:33:44.813+08:00Terengganu bermula cemerlang dengan Kemenangan 2 0 ke atas Selangor.
Terengganu membuka tirai Liga Super 2015 dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan Selangor 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam ini.
Tuan rumah yang diketuai oleh Ahmad Nordin Alias selaku kapten turun dengan hanya 3 pemain import iaitu Paulo Rangel, Gustavo Lopes dan ‘Kereta Kebal’ Vincent Bikana selepas Hassan Chaito masih dibelenggu kecederaan.
Bagi 20 minit pertama perlawanan banyak didominasi oleh Selangor yang kerap mengasak kubu skuad Penyu dan hampir berada di depan namun gol tidak dikira kerana berada dalam kedudukan offside.
Terengganu melancarkan serangan balas dan berjaya membuahkan hasil menerusi voli cantik pemain sayap kanan Ismail Faruqi Ashari pada minit ke 38 selepas mendapat 3 sepakan penjuru tiga berturut-turut. Gol itu menceriakan hampir 10 ribu penonton yang membanjiri stadium.
Bersambung separuh masa kedua, Terengganu memperkemas permainan dan telah menguasai hampir keseluruhan perlawanan melalui gerakan tengah Gustavo-Nordin serta gandingan penyerang Manaf dan Rangel.
Gol kedua pasukan Peteh dijaringkan oleh pemain import Gustavo Lopez melalui sepakan percuma yang terus menerjah jaring pasukan lawan minit ke 72.
Harapan penyokong tuan rumah untuk melihat Penjaring Terbanyak Liga Super 2014 Paulo Rangel meledak gol tidak kesampaian apabila 2 peluang terbaik beliau menerusi tandukan padu hanya singgah di palang pasukan Red Giants.
3 pertukaran dilakukan pasukan tuan rumah dengan memasukkan Fakrurazi Musa, Shahrin Shapie dan Zairo Anuar Zailani bagi menggantikan Ismail Faruqi, Ashari Samsuddin dan Manaf Mamat.
Dalam pada itu 2 pemain menerima kad kuning malam ini iaitu Zubir Azmi dan Manaf Mamat kerana mengasari pihak lawan.
Selepas ini Terengganu bakal bertandang ke Kuching bertemu pasukan Sarawak bagi perlawanan kedua Liga Super.
Kesebelasan Utama Terengganu
11 Md Sharbinee Allawee Ramli (GK),
5 Vincent Bikana, 8 Gustavo Lopez, 9 Paulo Rangel
16 Md Zubir Azmi, 18 Ahmad Nordin Alias(K), 19 Ahmad Azlan Zainal
21 Helmi Remeli, 22 Md Ashaari Shamsudin
23 Abdul Manaf Mamat, 25 Ismail Faruqi Ashaari
Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 2015 :
LionsXII 5 : 3 PDRM
ATM 0 : 2 Kelantan
Felda 3 : 3 Sarawak
Perak 2 : 0 Sime Darby
Terengganu 2 : 0 Selangor
Sumber : TT.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-77656931705639624182015-01-29T22:31:00.000+08:002015-01-29T22:31:35.236+08:00Baucer RM500 Kepada Anak Terengganu yang Berjaya ke IPT.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan anak terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta akan menerima baucer RM500 setiap seorang.
Menurut Razif, pemberian baucer ini yang diputuskan dalam Bajet 2015 ini akan diserahkan bersama-sama dengan wang bantuan ke Universiti bernilai RM1000 bagi membantu pelajar ini membeli kelengkapan komputer riba.
Razif turut berkata, pengeluaran baucer RM500 akan diselaraskan oleh Syarikat Top IT dengan kerjasama dari Yayasan Terengganu.
Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan baucer ini hanya boleh dilaksanakan di kedai-kedai atau vendor yang berdaftar di bawah Syarikat Top IT yang beroperasi hanya di Terengganu.
Pembahagian baucer ini akan bermula pada tahun ini untuk kemasukan peringkat Diploma pada bulan Jun atau Julai dan untuk peringkat ijazah, ianya akan diserahkan pada sesi kemasukan bulan September nanti, katanya lagi.
Sumber : TT
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-81022608808723921682015-01-24T23:10:00.000+08:002015-01-24T23:12:11.764+08:00Kerajaan Terengganu Isytihar Berkabung 40 Hari.
Semua pegawai dan kakitangan
perkhidmatan awam negeri serta persekutuan dan badan-badan berkanun di Terengganu diminta mengikuti peraturan perkabungan sebagai tanda berdukacita atas kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda berkata, dalam tempoh perkabungan 40 hari bermula hari ini hingga 4 Mac itu, pegawai dan kakitangan lelaki Melayu diminta memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci bagi menghormati perkabungan itu.
“Manakala peraturan pemakaian bagi kakitangan wanita Melayu pula berselindang atau berkain tudung berwarna putih,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.
Osman berkata, bagi pegawai dan kakitangan bangsa lain, mereka dikehendaki bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam bagi wanita.
Katanya, polis dan tentera pula dikehendaki menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan pakaian jabatan masing-masing.
“Kita juga harap orang ramai di Terengganu turut sama berkabung dengan memakai songkok berlilit kain putih bagi lelaki Melayu dan lilitan lengan hitam bagi bukan Melayu,” katanya.
Osman berkata, segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan adalah dilarang diadakan di seluruh negeri Terengganu dalam tempoh itu.
Bagaimanapun, katanya majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah adalah dibenarkan.
“Bendera juga hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan atau separuh kerajaan, bangunan perniagaan dan kediaman di Terengganu,” ujarnya.
Sementara itu, Osman berkata, jenazah almarhum akan tiba kira-kira pukul 10 pagi esok di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke Istana Maziah.
“Bagi rakyat jelata, waktu melawat adalah bermula pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari manakala bagi orang kenamaan,ia bermula 12 tengah hari sehingga 1 petang.
“Solat jenazah akan dilakukan selepas Solat Zuhur dan almarhum akan dikebumikan di Makam DiRaja Masjid Abidin,” jelas beliau.
Bagi yang ingin menziarahi katanya, pakaian untuk lelaki muslim hendaklah berbaju melayu hitam, sampin hitam kosong dan songkok hitam dililitkan dengan riben putih (1 inci) manakala bagi yang bukan muslim bersuit hitam dan riben putih dililitkan di sebelah kanan lengan baju.
“Bagi wanita pula hendaklah berpakaian baju kurung dan tudung berwarna hitam,” katanya.
Sumber : TT TK
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan Mohammad Azlan Mat Lazim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Serdang Raya dekat sini, hari ini.
Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Safrushahar Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang turut melibatkan seorang lagi atlet lompat jauh paralimpik, Farisan Jasna.
Mohammad Azlan 24, yang juga juara pecut Sukan Para Asia dan Farisan 25, yang tinggal di asrama MSN, dikatakan menunggang motosikal untuk ke tempat riadah sempena cuti hujung minggu setelah berehat dari sesi latihan.
"Saya difahamkan motosikal ditunggangi Mohammad Azlan dan Farisan kemalangan dengan sebuah van. Mohammad Azlan dikatakan meninggal di tempat kejadian manakala Farisan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
"Mayat Mohammad Azlan juga dibawa ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Safrushahar juga melahirkan rasa sedihnya di atas kehilangan atlet paralimpik itu yang cemerlang dan merupakan ikon harapan negara ke Sukan Paralimpik di Rio 2016.
"Ini satu kehilangan besar...apa lagi yang boleh saya katakan. Sasaran utama Azlan sendiri mahu meraih emas di Kejohanan Dunia di Dubai, seterusnya meraih mata untuk melayakkan dirinya ke Sukan Paralimpik di Rio," tambahnya.
Beliau berkata motosikal yang dinaiki Mohammad Azlan dan Farisan dibeli daripada insentif kewangan hasil kemenangannya di Incheon.
Pada temasya Para Asia di Incheon Oktober tahun lepas, Mohammad Azlan, 24, yang berasal dari Kemaman, Terengganu menampilkan aksi cemerlang dengan membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36.
Farisan, yang berasal dari Sarawak, merupakan atlet lompat jauh kategori kecacatan T37 yang memenangi pingat emas di Sukan SEA 2013 Nay Pyi Taw, Myanmar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.
Pemandu terbabit berasal dari Taman Maluri, Cheras di sini.
Sumber : BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-8727413823481605712015-01-22T20:52:00.001+08:002015-01-22T20:58:31.042+08:00Kg Kuala Ping Bakal Dibangunkan sebagai Bandar Baru ( Pembangunan Transformasi Telemong Baru -Bandar Lestari)
HULU TERENGGANU – Kampung Kuala Ping di Dun Telemong di sini akan dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan desa dan dijadikan bandar baharu bagi menjana ekonomi penduduk setempat menjelang 2018.
Adun Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata bandar baharu berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam termasuk 300 unit rumah kos rendah, lot-lot kedai yang dibentuk secara berpusat, stesen bas, pasar tani moden serta kemudahan sukan.
Beliau berkata pembangunan bandar baharu di Kuala Ping ini telah dirancang secara rapi lebih 10 tahun lalu dan pembinaanya diharap bermula tahun ini melalui bajet kerajaan negeri dan pusat.
“Untuk perumahan kita telah mendapat bajet dari Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam RM35 juta dan untuk pembangunan fasiliti sukan kita mendapat bajet dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM6 juta” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan Misi Bantuan Banjir Skuad Sukarelawan Sekreteriat Rakan Siswa Hulu Terengganu (Serasi) ke Dabong di sini hari ini.
Menurutnya untuk membina lot kedai pihaknya mendapat peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM10 juta dan keseluruhan bajet untuk pembangunan tahun ini dijangka berjumlah RM50 juta.
“Insya-ALLAH, kita akan lancarkan pembangunan bandar ini pada tahun ini dan kita jangkakan dua hingga tiga tahun lagi akan dapat membentuk sebuah bandar baharu yang lengkap untuk kemudahan penduduk,” katanya. – BernamaUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4865480219138438496.post-10296332758195633402015-01-21T17:45:00.000+08:002015-01-21T17:45:18.781+08:00Mangsa Banjir Bakal Terima RM 1000 Ahad Ini.
Bantuan RM1,000 kepada kira-kira 17,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Terengganu dijangka akan diagihkan bermula Ahad ini.
Jumlah sumbangan RM500 daripada kerajaan negeri , sementara RM500 lagi daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu (MKN) itu akan diagihkan secara berperingkat-peringkat.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bilangan sebenar keluarga yang terlibat akan dimuktamadkan esok selepas pihaknya mengemaskini senarai penerima yang layak.
“Setiap keluarga mangsa banjir akan menerima RM500 dari kerajaan negeri dan RM500 dari MKN (Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu ) yang akan mula diagihkan pada Ahad ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.
Dalam pada itu, katanya seramai 1,500 keluarga mangsa banjir di Dungun pada 2013, juga akan menerima bantuan itu pada kali ini selepas nama mereka tercicir mendapat bantuan berkenaan tahun lalu.
Unknownnoreply@blogger.com0