Kepada semua yang bertanding, kalah dan menang adalah adat dalam sesuatu pertandingan. Pertandingan dalam pemilihan bahagian pada 19hb Oktober 2013 baru ini adalah seperti pertandingan "anok beranok" jadi besarlah harapan saya agar kita bersama sama berganding bahu rapatkan semula saf dalam menjayakan transformasi yang akan kita lakukan untuk memantapkan lagi Umno Hulu Terengganu khasnya.
Kepada yang menang jalankanlah tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh akar umbi dan ingatlah kemenangan ini bukanlah tiket untuk bermegah tapi tanggungjawab yang besar yang wajib ditunaikan demi kelestarian Umno Bahagian Hulu Terengganu khasnya dan Umno Terengganu amnya.
Ingatlah, kepada yang menang bukannya bermakna kita menang keseluruhannya dan kepada yang kalah bukanlah bermakna kalah sepenuhnya.Jadi besarlah harapan saya agar semua yang menang serta yang kalah lupakan segala apa yang berlaku semasa pertandingan dan rapatkan semula barisan agar kita sama-sama menjayakan agenda Umno di kawasan kita.
Suka saya ingatkan, titipan Presiden Parti Dato Seri Najib Tun Razak sebelum proses pemilihan serentak berlangsung bahawa kekalahan bukanlah penamat perjuangan,sebaliknya hanyalah sebahagian proses pemilihan dalam perjuangan dan mereka perlu terus berjuang dan memberi sumbangan kepada parti. Kepada mereka yang menang jangan terlalu ghairah dan angkuh sedarlah akan tanggungjawab yang besar yang perlu digalas. Perjuangan yang paling utama adalah bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan UMNO bagi menghadapi cabaran yang lebih besar untuk berdepan majoriti rakyat, bukan ahli parti iaitu PRU- 14 akan datang.
Akhirnya, sekali lagi saya menyeru kepada semua tak kira yang kalah atau yang menang lapangkan dada dan marilah kita sama-sama berjuang atas nama parti keramat yang satu satunya parti yang memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanahair iaitu UMNO.
SEKIAN
No comments:
Post a Comment