Wednesday, October 8, 2014

Akhirnya DAP mengaku GAGAL dan Dedah Jasa Kerajaan Pusat...



Akhirnya, kerajaan DAP negeri mengaku gagal! Dan mereka juga mengaku kerajaan BN Pusat telah banyak membantu rakyat negeri dan bukannya menzalimi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang.






Dan jika begitu, kenapa DAP membohongi rakyat negeri dengan banner yang tertulis “40 years flood problem solved in 9 months” (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan)?

Seperkara lagi, rakyat mahu Lim Guan Eng DAP sendiri yang buat pengakuan tentang ketidakefesienan kerajaan beliau untuk menangani masaalah banjir ini.

Jangan jadi pengecut dan cuba basuh tangan tidak mahu memberi komen tentang isu ini.

Kerajaan negeri mengakui gagal menyelesaikan masalah banjir yang berulang di negeri itu walaupun telah melaksanakan beberapa projek tebatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, kegagalan itu disebabkan pelbagai faktor seperti reka bentuk projek dan sistem perparitan yang dibina tidak sesuai selain faktor hujan lebat luar biasa.

"Kita juga berhadapan dengan kekangan kewangan kerana untuk melaksanakan projek ini menelan belanja tinggi seperti di daerah Barat Daya yang memerlukan RM600 juta bagi melengkapkan projek tebatan banjir dan sistem perparitan, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir di Jalan Sungai Pinang dan Jalan P. Ramlee Jumaat lalu yang menjejaskan ribuan penduduk serta merosakkan ratusan kenderaan dengan disiftkn disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ditanya mengenai projek tebatan banjir berhampiran Sungai Jelutong yang siap 1 Mei lalu tetapigagal berfungsi, Kon Yeow berkata, projek berkenaan adalah berskala kecil dan tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat selain mungkin mempunyai 'kelemahan' dalam reka bentuknya.

Pada masa sama beliau berkata, tugas untuk menangani isu banjir di negeri itu sangat mencabar dan kadang-kala beliau berasakan tidak mampu untuk menguruskannya.

"Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Ketua Menteri memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio ini. Saya berasakan ini satu tugas yang sangat berat ditambah masalah kesesakan trafik yang berpanjangan turut menjadikan tugas ini lebih mencabar," katanya.

Ditanya adakah pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek tebatan banjir,Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP negeri mengakui kerajaan negeri berdepan masalah kewangan dan Kerajaan Pusat tidak berdiam diri apabila turut menghulurkan bantuan.

"Bagi projek berskala besar seperti di Sungai Pinang, Sungai Kerian dan Sungai Muda, Kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM100 juta, tetapi untuk projek kecil kerajaan negeri yang melaksanakannya.
"Kerajaan negeri juga memberi peruntukan, tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi, hanya RM30 juta setahun dapat kita salurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tetapi bukan semuanya dibelanjakan untuk tebatan banjir kerana \turut merangkumi kos pentadbiran," katanya.

Ditanya mengenai masalah banjir lumpur berulang di Paya Terubong dan kaedah penyelesaian oleh kerajaan negeri, Kon Yeow berkata, soalan itu perlu dikemukakan kepada wakil rakyat kawasan berkenaan.

"Kamu tanya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan berkenaan kerana saya ada banyak kerja hendak lakukan, Masalah banjir dan trafik di seluruh negeri juga di bawah tanggungjawab saya," katanya

Sumber : Novandri.Blogspot.com

No comments:

Post a Comment