Bermula dengan penundaan tarikh perlawanan dari 11hb Oktober 2014 ke 17hb Oktober 2014 tanpa merujuk atau berbincang dwngan PBSNT, FAM membuat keputusan menggunakan kuasa Veto dan hanya surat makluman dihantar tentang hal tersebut tanpa sedikit pun bertanya pendapat atau pendirian PBSNT. Akhirnya selepas peebincangan dibuat PBSNT bersetuju dengan tarikh 16hb Oktober 2014 demi peminat serta bolasepak tanahair walaupun masih kecewa.
Selepas insiden tunda tarikh timbul masalah baru pengagihan tiket kepada pasukan pelawat.. Seperti teemaktub di dalam perlembagaan FAM pasukan pelawat layak menerima 8 % dari jumlah kapasiti stadium tapi penyokong pasukan terengganu hanya di beri 30 keping tikey. Dimana keadilan serta suara bantahan daripada FAM,sepatutnya FAM kena tegas bukan baru hendak mengkaji hal agihan tiket. Perlembagaan dah tertera dgn jelas hak pasukan pelawat. Namun begitu kita masih tidak putus asa,setelah surat rayuan dihantar jumlah tiket ditambah kepada 100 lagi dan ini masih lagi jauh dari permintaan penyokong pasukan Terengganu iaitu 2000 keping tiket.
PBSNT masih lagi berharap dgn 130 keping tiket yang diberi walaupun kita PBSNT tidak pernah membuat aniaya kepada pasukan pelawat kita tetap menghantar sebilangan penyokong termasuk Ultras Teganu.
Peristiwa hanya 130 org dibenarkan memakai jersi Terengganu semasa memasuki Stadium Larkin bagaikan tamparan yang sangat hebat dimana undang2 yang tidak membenarkan penyokong memakai jersi pasukan mereka?
Setahu saya tak pernah ada. Nampaknya PBNJ mmg ingin melihat peminat serta penyokong Terengganu lemah.
Kita akur dengan kekalahan walaupun dengan berbagai masalah dan pemain kita tetap berjuang habis habisan tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi Pasukan Terengganu. Namun tindakan selepas perlawanan aksi Kung Fu dari presiden PBNJ sedikit sebanyak menimbulkan berbagai persepsi atas tindakan beliau itu.
Adakah kerana terlalu teruja atau terlalu geram hanya dia yang tahu tindakan tersebut.
Apa sekalipun saya amat kecewa dengan rentetan peristiwa dan merasakan pasukan Terengganu menjadi mangsa dalam hal ini dan apakah peranan FAM yang sepatutnya meningkatkan mutu sukan bolasepak negara kita. Ini membuatkan kita teefikir perlukah lagi pasukan dari negeri Darul iman ini bersama sama dalam liga Malaysia atau kita patut berundur? Semoga FAM menjadi satu badan yang bebas dan telus dalam memperhebatkan lagi mutu bolasepak negara.
Rozi bin Mamat.
Exco Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment