Monday, November 3, 2014

KRONOLOGI HARI KE 3 SAR RAFIKIN AZMAN.



3 November 2014, Hulu Terengganu :



Lokasi : Hutan Lipur Sekayu, Laluan Gunung Gajah Terom



1.30 a.m. : sekumpulan dari pasukan kesalamatan seramai 25 orang yang baru sahaja tiba dari MISI SAR yang mana telah melakukan pencarian 1000 meter dari kawasan target mangsa kali terakhir dilihat.



3.30 a.m : Satu kumpulan yang diketua oleh Tentera Rejimen 18 Dari Kem Seberang Takir Dan Bomba tiba dari MISI SAR dan skop pencarian dalam 4 kilometer persegi ke barat.



6.00 a.m : Anggota BOMBA,JPAM dan Tentera Rejimen 18 bersedia memulakan misi SAR dan diberikan sedikit taklimat ringkas bagi memulakan misi pencarian di sebelah aliran sungai dan curam di sekitar kawasn target.




YB Ghazali Taib

2.00 p.m : YB Ghazali Taib Exco Pendidikan dan Pelajaran Negeri menziarahi keluarga Rafiqin dan mendengar taklimat dari Pegawai yang bertanggungjawab(BOMBA) tentang operasi SAR yang dijalankan




Dato’ Khalid Yunus

4.00 p.m : Mantan Menteri Kabinet Malaysia Dato’ Khalid Yunus juga berkesempatan menyertai misi SAR bersama krewnya bagi mencari adik Rafiqin.




Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi

5.00 pm : Dato’ Jailani Johari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu melawat keluarga mangsa dan mendengar Taklimat operasi SAR.




Pok Teh dan Yb Dato’ Rozi Mamat Mengaminkan Doa Sebelum Meneruskan misi

5.30 p.m. : Orang ramai dari Kampung Sekayu juga turut memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan misi SAR dan orang paling lama mendiami kampong tersebut yang mahu dikenli sebagai Pak Teh merupakan Iman Masjid Sekayu serta beberapa orang lagi Naik Gunung Gajah Terom petang ini bersama sukarelawan yang lain. Pok Teh adalah orang pertama yang membuat jalan @ trek puluhan tahun dahulu yang sekarang ini digunakan oleh peserta marathon.




6 Sahabat Sukarelawan

6.00 p.m : 6 sahabat sukarelawan yang diketui saudara Syeikh memulakan perjalanan yang kedua petang ini dan bermalam di dalam hutan Gunung Gajah Terom untuk misi SAR dikatakan semalam ada sahutan sebanyak 3 kali apabila kumpulan ini memnggil nama Ahmad Rafiqin di kawasan terakhir beliau kelihatan (Kawasan Gua Rimau)

Sumber : Terengganu Times

No comments:

Post a Comment