Wednesday, August 20, 2014

Kenapa Pas Beralih Arah?



Kemelut yang melanda negeri Selangor dalam isu pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan didesak untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya kian meruncing.

Apa yang kita semua tahu 
PAS kini sudah membuat pusingan U apabila mesyuarat PAS pusat yang berlangsung pada 17hb Ogos 2014 bertindak menamakan Azmin Ali sebagai calon kedua Menteri Besar yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.Dan seperti yang kita sedia Maklum DSAI sudah tentu akan melantik isterinya antara 2 calon ini dengan penarikan diri serta laluan diberi oleh Azmin atas arahan bosnya.. 

Kalau dulu pejuang pejuang Pas Pkr selalu mengeji dan mencerca Umno kononnya amalkan nepotisme, kronisme bila  jadi kes di Selangor Ketua Umum Pkr DS Anwar Ibrahim melantik isterinya tidak pula mereka menyalak Nepotism Kronisme tapi ditukarkan menjadi Langkah Kajang... Mana perginya pejuang pejuang yg sgt bencikan Kronisme dan Nepotism dlm PKR dan Pas,atau jika Parti lain yang buat maka itu dinamakan Kronisme. Kepada penyokong Pr sedarlah dan pikirlah jika sebuah negeri pun kucar kacir utk tentukan siapa yang layak jadi MB pikirkan jika mereka memerintah Malaysia.. Nauzubillah minta dijauhkan.





Menurut kata Mat Sabu pula, tindakan untuk menarik semula sokongan terhadap Khalid adalah disebabkan Menteri Besar sedia ada itu bukan lagi ahli PKR. Dimana perginya perbincangan Majlus Syura Pas yang merupakan badan yang disegani suatu waktu dahulu. Atau terlalu ramai Anwarinas dlm Pas hinggakan hilang suara golonan Ulama? Ini menunjukkan yang Pas tiada beza dgn parti paryi lain melainkan dambakan  kuasa melebihi segalanya.

Persoalannya sekarang, adalah Khalid keluar dari PKR atau beliau di pecat? Dan adakah pemecatan tersebut dilakukan atas salah laku atau penyalah gunaan kuasa oleh Khalid selama menjadi Menteri Besar?

PAS dilihat lebih takut kepada kehilangan sokongan dari pengundi cina tambahan pula beberapa kawasan yang ditandingi oleh PAS dalam PRU13 yang lalu majoritinya adalah pengundi cina.

Walaupun ada tindakan dari beberapa orang pemimpin PAS yang menyokong Khalid nampaknya kuasa Anwarinas yng sudah menular dalam PAS lebih kuat dan kesilapan yang dilakukan oleh PAS selama ini adalah dengan memasukkan beberapa orang ahlI PKR kedalam parti mereka hingga membuatkan parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti lslam tersebut dilihat tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri.

Dengan tindakan PAS yang tidak menyokong Khalid sebelum ini, adakah DAP dan PKR akan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding di mana mana kawasan seperti dalam PRU yang lalu jika Khalid mengambil pendekatan untuk menasihati Tuanku Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri?

Saya berpendapat bahawa situasi tidak lagi akan menjadi sama setelah beberapa orang pemimpin DAP sendiri telah mengeluarkan kenyataan kenyataan berunsur ancaman kepada politik PAS di Selangor dan ini memberika signal khas bahawa PAS akan ditentang oleh PR sendiri.

No comments:

Post a Comment