Kerajaan negeri memutuskan pasukan bola sepak, T-Team diletakkan di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bagi memantapkan pengurusan dan membolehkan tumpuan kepada pasukan itu, sebagaimana persatuan sukan yang lain di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata kerajaan negeri berharap dengan perpindahan itu, aspek operasi dan pengurusan The Titans lebih tersusun.
“Ia (perpindahan) akan berkuatkuasa tahun depan. Keputusan ini bagi tujuan kita memberi lebih fokus kepada usaha membentuk T-Team sebagai pasukan utama di Terengganu.
“Secara langsung ia berada di bawah pengurusan kerajaan negeri, maka MSNT boleh menghantar segala laporan prestasi T-Team secara langsung untuk saya kemukakan kepada kerajaan negeri, supaya nanti kita dapat membentuk pasukan yang lebih mantap dan baik,” katanya.
Rozi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran MSNT, di perkarangan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, pengarah MSNT, Ab Rasid Jusof.
Sumber TK.
No comments:
Post a Comment