Monday, December 29, 2014

Banjir : Antara Bantuan dan Fitnah

Dikala kita semua di Pantai timur khasnya di uji dengan banjir yang agak luar dari kebiasaan kala ini, banyak yang dapat kita pelajari dan muhasabah diri. Sepanjang 14 hari banjir gelombang ke 2 dan ke 3 ini banyak isu yang kita lihat, dengar dan baca.

Ramai juga yang ringan tulang untuk sama sama membantu diwaktu saudara -saudara kita yang dilanda musibah banjir ini. Tak kurang juga pengamal media sosial atau pun facebooker yang "terlebih bijak" serta "terlebih tahu" dari mereka yang dilapangan atau di kawasan banjir itu sendiri.

Memang tidak dinafikan banyak kekurangan dan kelewatan untuk membantu dan menghantar bantuan kepada mangsa terutamanya di Kelantan yang mana kita tahu,banjir pada tahun ini adalah yang terburuk sejak 50 tahun dahulu. Namun kerajaan tidak pernah pilih bulu untuk membantu rakyatnya. Ramai Facebookers serta whatsapp group yang meng 'viral' kan sesuatu yang tidak sahih dan boleh dianggap sebagai berita palsu atau rekaan semata-mata.

Terasa sedih bila ianya menjadi perdebatan antara sahabat sahabat serta penyokong parti yang berlainan idealogi hakikatnya kita ditimpa musibah dan ujian Allah buat kita namun kita masih tidak sedar. Alangkah baiknya kalau kita sama sama dapat membantu saudara- saudara kita,dari kita menyebarkan benda yang belum tentu kesahihannya. 

Antara mesej atau posting facebook yang ternyata tidak benar.




Tindakan SKMM memanggil empat individu yang menyebarkan berita palsu baru baru ini dianggap satu perkara yang wajar kerana mereka telah mencetuskan kebimbangan serta kegusaran terhadap waris-waris mangsa banjir di Pantai Timur khasnya di Kelantan.

Tidak dapat dinafikan ada golongan yang menangguk di air yang keruh yang mengejar rating,likers yang bertambah bila pos sesuatu yang mendatangkan rasa ingin tahu dan fitnah yang tak berhenti henti terhadap penguasa serta sukarelawan dan Kerajaan Malaysia. Jangan terlalu taksub dengan kepartian disaat kita dilanda musibah begini ada kemampuan eloklah kita sama sama membantu, menderma atau menyumbang apa yang boleh untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir ini.

Bagi mereka yang berada di luar kawasan banjir dan tidak berada dilapangan tak payahlah nak tunjuk hebat dan mengkritik apa saja bantuan dari mana mana pihak adalah lebih baik kita sama-sama bersingsing lengan membantu saudara -saudara kita yang ditimpa musibah waktu ini. Seperti kata orang "seandainya kita tidak boleh menjadi garam dilaut janganlah kita menjadi langau yang merosakkan ikan"

Semoga kita semua mendapat pengajaran yang berguna dan hidayah daripada Allah SWT di saat kita diuji begini.

Assalamualaikum wbt.



No comments:

Post a Comment