Thursday, December 25, 2014

Kerajaan Negeri Batal Semua Program Hiburan Ambang Tahun Baru.



KUALA TERENGGANU, 25 Dis — Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan segala acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baharu dibatalkan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan tersebut adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda di hampir keseluruhan negeri Terengganu.

“Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan banjir yang melanda di daerah-daerah dalam Terengganu.

“Oleh itu kerajaan telah mengarahkan agar segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baharu yang kita telah rancang akan turut dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samiun yang juga Pemangku Datuk Bandar Kuala Terengganu berkata lagi tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ini kerana ia akan mengganggu sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Sumber TT

No comments:

Post a Comment