Tuesday, February 4, 2014

KAMI BERHAK TARIK DIRI

Suasana yang berlaku di dalam terowong menuju ke bilik persalinan Stadium tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin seperti yang paparkan menerusi berita sukan RTM malam tadi."BOLEH tahan (kecederaan) hidung yang alami pemain saya." Demikian respons pengurus T-Team, Rozi Mamat ketika ditanya mengenai keadaan pemain import Brazil, Elvado Rodrigues yang didakwa dikasari dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain paa aksi pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.Pada perlawanan tersebut, The Titans mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua ketika menentang JDT yang meyaksikan tuan rumah mendahului 2-1.Keputusan tersebut dibuat atas faktor keselamatan kerana T-Team menganggap kawalan keselamatan mula tergugat selepas Rodrigues dan jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo dikasari ketika menuju ke bilik persalinan.Mengulas lanjut, Rozi yang juga Exco Belia dan Sukan Terengganu memberitahu, pihaknya berhak untuk tidak meneruskan perlawanan tersebut atas faktor keselamatan."Sejujurnya berpendapat, kami berhak untuk tidak meneruskan perlawanan separuh masa kedua itu atas faktor keselamatan pemain. Adalah wajar kami tidak menyambung aksi separuh masa kedua itu."Mengenai laporan polis, saya rasa tidak perlu kerana kami akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)."Cuma, saya sedikit kesal kerana kami sentiasa memberikan layanan dan keselamatan yang terbaik kepada pasukan pelawat ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam"Selain FAM, kami turut menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu memandangkan T-Team adalah di bawah naungan persatuan negeri."Sama ada ada tindakan susulan akan berlaku nanti, saya rasa adalah lebih baik soalan ini diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku penasihat kedua-dua pasukan ini sebaik pulang dari Antartika pada Selasa ini," katanya.Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, mana-mana pengawai yang didapati bersalah dalam insiden tersebut bakal berdepan dengan tindakan tegas."Jika ada pengawai atau pemain yang melanggari peraturan pertandingan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM tindakan lanjut." katanya.Sumber - KOSMO

2 comments:

  1. Gaduh kat terowong tu satu cerita. Masing-masing ada hak untuk buat laporan Polis dan tunggu hasil siasatan. Tetapi menarik diri dari meneruskan perlawanan itu satu kesalahan yang serius kerana tidak menghormati penganjur iaitu FAM. Kalau rasa berhak untuk tarik diri, FAM juga berhak menghukum pasukan yang tarik diri sesuka hati mengikut peraturan pertandingan.

    Perlu bijak untuk bezakan hukuman FAM sebab tarik diri dari meneruskan perlawanan dan hukuman undang-undang pihak berkuasa Polis sebab bergaduh. Tanggunglah masing-masing hasil tindakan sendiri. Buat malu negara sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah rasa tak selamat nak tunggu buat apa lagi, kalau di kelantan TMJ boleh bawa askar ini kan pula tempat sendiri... tak pasal-pasal malam tu tak balik terus skuad t-team ke terengganu.

      Delete