Wednesday, January 21, 2015

Mangsa Banjir Bakal Terima RM 1000 Ahad Ini.



Bantuan RM1,000 kepada kira-kira 17,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Terengganu dijangka akan diagihkan bermula Ahad ini.

Jumlah sumbangan RM500 daripada kerajaan negeri , sementara RM500 lagi daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu (MKN) itu akan diagihkan secara berperingkat-peringkat.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bilangan sebenar keluarga yang terlibat akan dimuktamadkan esok selepas pihaknya mengemaskini senarai penerima yang layak.

“Setiap keluarga mangsa banjir akan menerima RM500 dari kerajaan negeri dan RM500 dari MKN (Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu ) yang akan mula diagihkan pada Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Dalam pada itu, katanya seramai 1,500 keluarga mangsa banjir di Dungun pada 2013, juga akan menerima bantuan itu pada kali ini selepas nama mereka tercicir mendapat bantuan berkenaan tahun lalu.

No comments:

Post a Comment