Saturday, November 2, 2013

Lawatan Menteri Belia dan Sukan ke tapak Padang Sintetik ke 2


KUALA TERENGGANU 1 Nov, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu pembinaan padang bola sepak sintetik kedua di negeri ini yang terletak di Kompleks Sukan Gong Badak disini, disiapkan mengikut jadual iaitu selewat - lewatnya hujung tahun ini.
Katanya, beliau sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau perkembangan projek tersebut bagi memastikan siap mengikut jadual.
"Sekiranya kontraktor yang dilantik gagal mematuhi tarikh yang dipersetujui sebagaimana dalam kontrak tersebut, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengenakan denda," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek itu disini baru-baru ini.
Difahamkan,projek pembinaan padang sintetik kedua itu bermula sejak 2 Julai lalu dan dijadual siap hujung tahun ini.
Walau bagaimanapun,setakat ini,pembinaanya hanya siap sebanyak 12 peratus ekoran tertangguh selama 67 hari dipercayai berpunca daripada masalah dalam kerja-kerja tanah.
Padang bola sepak sintetik yang bernilai kira-kira RM1.8 juta itu merupakan yang kedua di negeri ini selepas padang pertama dibina di Kampung Tok Jiring siap awal Februari lalu.(sumber Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment