Tuesday, January 20, 2015

Sekretariat Rakan Siswa Hulu Terengganu Kumpul sukarelawan melalui FB.



Kira-kira 150 orang Skuad Sukarelawan Sekretariat Rakan Siswa Hulu Terengganu (SERASI) berlepas ke Dabong, Kelantan untuk meneruskan misi membantu mangsa-mansa banjir di sana.

Mereka terdiri daripada mahasiwa mahasiswi daripada 20 buah IPTA dan 5 buah IPTS yang di kumpulkan melalui facebook.

Menurut Pengerusi Program Misi Sukarelawan SERASI, Mohd Fadhillah Mukhatar, 23, misi itu merupakan siri keempat yang dilaksanakan pihaknya sejak bencana banjir melanda di Kelantan.

“Skuad ini turut membantu membersihkan sekolah, kediaman, surau, masjid serta kemudahan awam di kawasan yang terjejas banjir,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat yang melakukan pelepasan konvoi tersebut memuji usaha SERASI kerana mengambil berat terhadap nasib malang yang menimpa sebahagian besar penduduk di negeri jiran.

“Saya berharap sukarelawan yang terlibat meneruskan usaha murni khidmat bakti dengan menjalankan kerja kemasyarakatan bagi meringankan beban mereka yang terlibat dengan banjir ini.

“Saya amat berbangga kerana pada saat ini hampir 5,000 orang sukarelawan daripada negeri ini berkampung di Kelantan.

“Rasanya lebih baik anak-anak muda melihat sendiri banjir yang amat dahsyat ini yang cukup menyayat hati selain dapat membantu membuat perancangan yang tepat untuk tindakan yang sesuai,” katanya.

No comments:

Post a Comment