Saturday, January 17, 2015

Bukan Penghargaan dan Pengiktirafan yang kita harapkan - YAB MB



Walaupun tidak mendapat penghargaan atau pengiktirafan daripada pihak yang sewajarnya, misi kemanusiaan pasca banjir skuad sukarelawan TTB Terengganu ke Kelantan akan tetap diteruskan selama sebulan dengan penuh keikhlasan”.

“Untuk semalam sahaja ahli sukarelawan sekarang berada di tiga lokasi yang berbeza bagi membantu membersihkan kawasan yang terlibat dengan banjir”.

“Pada ketika ini sukarelawan kita berada di beberapa daerah berbeza iaitu di Dabong, Temerloh, Pekan dan beberapa tempat lagi di Kelantan”.

“Mereka semua bergerak ke setiap pelusuk dimana tempat-tempat yang boleh kita bantu kerana antara prinsip TTB (Skuad Sukarelawan TTB) ini adalah akan cuba sehabis baik membantu negeri-negeri jiran yang turut terjejas dengan banjir,”.

“Kita akan berada di Dabong sehingga semuanya selesai mengikut jadual yang telah ditetapkan dan yang terakhirnya pada 5 Febuari ini, Sukarelawan TTB sekarang ini kita telah mencapai 2000 orang yang mana 80 peratus adalah dari golong belia Terengganu termasuk pelajar-pelajar IPT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sebelum menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian serta peralatan sekolah kepada mangsa banjir dalam Dun Bebar Pekan, Pahang.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebar, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan beberapa lagi Yang Berhormat Terengganu dan Pahang.

Sebanyak 139 keluarga menerima sumbangan yang berupa keperluan asas seperti Selimut, pakaian sekolah dan barangan keperluan harian.

Pembersihan kawasan sekolah tersebut melibatkan 200 ahli Skuad Sukarelawan TTB yang memulakan tugas mereka sejak pagi semalam.

Sumber : TT

No comments:

Post a Comment