Thursday, August 7, 2014

Anuar Abu Bakar Pengendali baru T Team.


anuar



Teka-teki mengenai siapa pengemudi pasukan T-Team terjawab hari ini, apabila bekas penyerang kebangsaan, Anuar Abu Bakar disahkan sebagai ketua jurulatih berkuat-kuasa serta-merta bagi mengharungi saingan Piala Malaysia.

Anuar berusia 43 tahun merupakan bekas penolong jurulatih pasukan berstatus kelab PKNS menggantikan Mohd. Azraai Khor Abdullah yang meletak jawatan baru-baru ini.

Pengurus T-Team, Dato’ Rozi Mamat mengesahkan perkara itu, di Wisma darul Iman, selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco.

“Pelbagai aspek yang mempengaruhi pemilihan Anuar termasuk penawaran dan permintaan (gaji), selain individu yang turut disenaraikan sebelum ini masih terikat kontrak dengan pihak lain.

“Bagaimanapun, prestasi Anuar akan dinilai sepanjang saingan Piala Malaysia sama ada dikekalkan untuk musim hadapan,” katanya.

Selain itu, Rozi juga berharap Anuar mampu menggalas tanggungjawab dengan baik dan mampu membawa kejayaan yang cemerlang kepada pasukan dalam mengharungi Piala Malaysia.

Tambah beliau, Anuar akan dibantu penolong jurulatih yang baru, Azahari Salim yang merupakan jurulatih Piala Presiden Terengganu.

“Kita berharap gabungan Anuar dan Azahari dapat merealisasikan sasaran sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir,” katanya

Sumber Teganukita.my 

No comments:

Post a Comment