Thursday, June 6, 2013

Al fatihah buat pelumba basikal muda Terengganu


Al Fatihah buat pelumba basikal muda Terengganu Syafik Imran yang meninggal dunia semasa latihan pagi tadi. Allahyarham Syafik meninggal dunia di tempat kejadian di kg Lingai, Tepoh pagi tadi. Persoalannya bagaimana kemalangan ini boleh berlaku? Rasanya kemalangan ini boleh dielak sekira pihak Persatuan memgambil langkah sewajarnya menjaga keselamatan para pelumba yang berlatih. Para pelatih juga perlu mematuhi setiap arahan dan peraturan atau SOP dalam menjalani latihan di kawasan terbuka terutamanya dijalanraya. Pengguna jalanraya juga perlu prihatin serta memberi kerjasama kepada para pelatih pasukan lumba basikal kita, benar malang tidak berbau namun jika kita sama-sama menjaga InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku.

Saya sangat berdukacita dengan apa yang berlaku dan Negeri Terengganu kehilangan sebutir permata yang bakal mewarnai persada lumba basikal negara. Oleh yang demikian di harap pihak persatuan dan para pelatih lebih menekankan aspek keselamatan agar perkara serupa tidak berulang.

Sekian dan Takziah
Rozi bin Mamat
Exco Belia dan Sukan,Sumber Manusia .

No comments:

Post a Comment