Saturday, June 29, 2013

MAJLIS KESYUKURAN PARLIMEN HULU TERENGGANU







Majlis Kesyukuran Parlimen Hulu Terengganu diadakan di Padang Astaka Kuala Berang.Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato Jailani Johari yang merupakan Timbalan Menteri Komunikasi Multimedia dan Kebudayaan.. Majlis ini di adakan untuk meraikan kemenangan BN di Parlimen Hulu Terengganu serta menunjukkan rasa kesyukuran diatas kemenangan pada PRU 13 yang lepas.


Majlis disertai oleh semua Dun yang terletak dibawah Parlimen Hulu Terengganu kecuali Dun Ajil kerana Dun Ajil telah pun mengadakan Majlis Kesyukuran pada awal bulan yang lalu. Majlis turut disertai oleh jabatan seperti SKMM,RTM,PEJABAT DAERAH,JKM,TELCO COMPANY serta kolej seperti Kolej KIST.


Majlis bermula pada hari khamis malam jumaat dengan penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam yang berlintas langsung dari Padang Astaka Kuala Berang, jamuan kenduri rakyat juga disediakan oleh setiap Dun dan juga Parlimen.Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena Majlis kesyukuran ini. Diharapkan semua penduduk di Parlimen Hulu Terengganu dapat mendapatkan maklumat serta sama sama bersyukur atas kemenangan BN pada PRU 13 yang lepas.


No comments:

Post a Comment