AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PENGGAL 13
Tahniah kepada semua ADUN Barisan Nasional seramai 17 orang yang mengangkat sumpah di majlis angkat sumpah Yang DiPertua Dewan dan ahli-ahli dewan bagi penggal ke-13 pagi tadi. Waki-wakil dari kalangan kerajaan (Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan), barisan penyokong kerajaan yang diketuai YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (Adun Air Putih) dan barisan pembangkang yang diketuai YB Mohd Abdul Wahid Endut (Adun Wakaf Mempelam). Tahniah juga kepada YB Haji Mohd Zubir Embong yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri kali ini.
Saya mengharapkan pada semua barisan Adun BN dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Semoga sidang Dewan Undngan Negeri penggal 13 ini berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment