Thursday, January 2, 2014

MENINJAU HARI PERTAMA SEKOLAH DI SK KUALA TELEMONG






 
Pada 1hb Jan 2014 bermula sessi persekolahan baru bagi negeri Terengganu. Saya berkesempatan melawat dan meninjau hari pertama ini bersama dengan Exco Pendidikan dan Tugas Tugas Khas Negeri Terengganu En Ghazali Taib serta Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
Pada hari pertama ini saya dapat menyaksikan kehadiran daripada ratusan murid,seorang Anak Istimewa di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong iaitu adik Nur Damia Irsalina yang kurang upaya tanpa tangan serta kaki. Kesungguhan serta keinginan kuat Damia sangat menyentuh hati saya. Diharapkan Adik Damia dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna seperti anak anak lain. Semoga adik Damia sentiasa mendapat sokongan dari para guru serta para pelajar di SKKT.
Tahniah kepada semua tenaga pengajar dan juga ibu bapa yang sama sama menjadikan hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment