Saturday, February 8, 2014

PROGRAM YAB MENTERI BESAR BERSAMA RAKYAT DUN TELEMONG DI KAMPUNG PELANDAN

















Program Yab Menteri Besar Bersama Rakyat di Dun Telemong diadakan di Kampung Pelandan Hulu Terengganu.
Menteri Besar Dato Seri Ahmad Said diiringi oleh Adun Telemong Yb Hj Rozi bin Mamat,besembahyang jumaat di Masjid Kg Pelandan.

Selepas solat Jumaat YAB Menteri Besar dan Isteri serta YB Hj Rozi dan Isteri menziarahi beberapa keluarga dan orang tua serta uzur selain menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.Turut serta diprogram ini Ketua Pemuda Negeri Saudara Johari Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Pemuda Bahagian Hulu Terengganu serta Ajk Pemuda manakala Ketua Puteri Negeri Saudari Rozita Ismail yang juga merupakan Ketua Puteri Bahagian Hulu Terengganu serta Ahli Jawatankuasa. Tidak ketinggalan Ketua Wanita Umno Negeri dan Ahlu Jawatankuasanya. Ada sama memeriahkan Majlis Jurutera Daerah JKR Encik Samri bin Embong serta Ketua ketua Jabatan di Daerah Hulu Terengganu.

Jamuan rakyat juga turut diadakan meraikan penduduk serta para pelajar serta para pelajar pondok di Kg Pelandan.


No comments:

Post a Comment