Friday, March 7, 2014

Hanelang Fc warnai liga FAM



Kuala Berang : Penubuhan pasukan Hanelang FC dibawah pimpinan Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (PBSDHT) bakal merancakkan lagi saingan liga FAM pada tahun ini dengan pemilihan 25 pemain terbaiknya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan SumberManusia Negeri Rozi Mamat berkata penubuhan pasukan berkenaan untuk melahirkan ramai pemain bola sepak tempatan serta mewujudkan peluang dan kerjaya kepada anak muda.

Katanya dua pasukan ditubuhkan iaitu pasukan elit bawah 23 tahun dan pasukan Hanelang FC bawah 25 tahun.

" Program ini akan melatih pemain yang terpilih selama 2 tahun dengan memberi pengalaman dan tunjuk ajar sebelum mereka memilih haluan masing-masing sama ada menyertai pasukan Terengganu atau pasukan luar."

" Kemuculan kali pertama pasukan seperti ini di negeri ini bakal memberi impak positif dan menjadi tonggak utama dalam menaikkan taraf mutu bola sepak di negeri ini."

" Setakat ini, pasukan ini menjalani latihan intensif setiap hari selama 2 bulan bagi mencari rentak permainan dan keserasian yang tebaik sebelum menentang pasukan dari Sabah pada 9 Mac ini di negeri itu," katanya selepas merasmikan pasukan liga FAM Terengganu serta karnival Akademi Bola Sepak bawah 17 tahun serta penyampaian hadiah kejohanan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu di dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, semalam.

Jurulatih Hanelang FC Mustafa Kamal berkata, sebilangan pemain adalah bekas pemain Piala Presiden dan Piala Emas Raja-Raja bawah 25 tahun di pilih bagi membentuk pasukan yang mantap serta memberi peluang kepada pemain terbaik yang kurang bernasib baik. - sumber HM

No comments:

Post a Comment