Saturday, May 10, 2014

Penafian Calon MB demi Kebaikan Parti.



Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Haji Abdul Rahman menyifatkan ‘khabar angin’ dan ‘’spekulasi’ isu Menteri Besar Terengganu menjadi berlarutan kerana yang terbabit berdiam diri dan tidak membuat penafian.

Katanya, tindakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Rozi Mamat (Adun Telemong) amatlah tepat dan menunjukkan kesetiaannya kepada parti dan pucuk pimpinan kerana bila nama beliau dikaitkan dengan penggantian Menteri Besar, beliau cepat-cepat membuat penafian.

Dato’ Abdul Rahman berkata demikian kepada sidang media yang diadakan khas petang semalam di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur.

Kira-kira 20 wartawan dan jurugambar menunggu beliau sejak jam 3.00 petang.

Dato’ Abdul Rahman juga berkata, golongan ‘desprado’ (terdesak) membuat apa sahaja untuk mencari tempat dan kepentingan diri tanpa memikirkan soal perpaduan dan pengukuhan parti dan kerajaan.

Sementara itu, sebuah blog pula melaporkan, Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang juga
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari meminta mereka yang di babitkan dalam isu pertukaran Menteri Besar tampil membuat penafian dalam usaha mewujudkan keharmonian dan perpaduan parti.

Gesaan ini dibuat semasa kunjungan Pegawai Khas Kepada Pengerusi BN Negeri Terengganu Haji Komsa Chik di Putrajaya.

Terdapat akhbar tertentu yang telah menyebarkan spekulasi  menyebut dua adun akan dilantik sebagai MB dalam masa terdekat. Sebelum ini Adun Telemong yang juga Exco Kerajaan Negeri, Rozi Mamat juga ada disebut di blog.

 Namun YB Rozi telah membuat penafian menerusi akhbar arus perdana atas rasa tanggunjawab dan kebaikan untuk parti supaya tidak menimbulkan perpecahan dan demi penyatuan dalam parti.

Menurut Datuk Jailani Johari yang juga Timbalan Pengerusi Umno Negeri Terengganu meminta agar semua stesyen TV tidak menyiar berita spekulasi ini yang tidak mempunyai rujukan yang sahih dan merosakkan nama parti;  bahkan beliau berkata isu ini telah selesai kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib telah menafikan perkara ini, tiada pertukaran MB semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn dua minggu yang lepas
Sumber : TK

No comments:

Post a Comment