Tuesday, August 12, 2014

Kerajaan Negeri Terengganu peruntukan 1.7 juta untuk bantu 400 Persatuan Belia.

Pengerusi MBFM Negeri Terengganu menerima cek bantuan pengurusan yang disampaikan oleh YB Dato Hj Rozi Bin Mamat di Majlis Jamuan Raya bersama Persatuan Belia Seluruh Negeri Terengganu  yang diadakan di Primula Hotel semalam.


Kerajaan Terengganu sentiasa bersama generasi muda berkongsi pandangan dan menyokong pembabitan mereka dalam usaha memaju dan membangunkan negeri.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kira-kira RM1.7 juta bagi membantu kelancaran pentadbiran persatuan belia di bawah gabungan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Majlis Belia Daerah (MBD).

Lebih 400 persatuan belia di seluruh negeri menerima bantuan pentadbiran dalam usaha membantu meningkatkan lagi aktiviti pergerakan itu.

Peruntukan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat di Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Persatuan-Persatuan Belia Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu malam tadi.



Hadir sama, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh.

Setiap persatuan belia cawangan mendapat RM2,000, belia daerah RM8,000 dan RM40,000 untuk persatuan belia peringkat negeri.

Rozi berkata, kerajaan negeri sentiasa menjadikan golongan belia sebagai rakan kongsi dengan memastikan setiap isu dapat diatasi sebaik mungkin.

“Justeru, saya harap barisan kepimpinan di semua peringkat baik negeri, daerah mahupun cawangan dapat turun padang dan pantau masalah orang muda agar semua persatuan yang diwujudkan dapat memberi manfaat kepada golongan itu,” katanya

No comments:

Post a Comment