Saturday, December 6, 2014

Pementasan Teater Telemong 5hb Disember 2014.


Pementasan Teater Telemong karya SM Noor dan arahan Abd Mubin Ismail ,yang  di adakan di Dewan sivik Telemong pada malam ini 5hb Disember 2014 dan mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar. Yang lebih membanggakan adalah kehadiran pada malam ini hampir 70 % adalah anak muda yang sangat ingin tahu tentang sejarah Telemong.

Diharapkan dengan pementasan Teater Telemong ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran perjuangan pejuang - pejuang melayu masa lampau dan di Telemong khasnya.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pihak penganjur iaitu PELITA  dan mereka yang telah bertungkus lumus memrealisasikan Teater Telemong ke Daerah Telemong..

Terima Kasih.

Dato Rozi Mamat,
Adun Telemong,
Exco Belia Sukan dan Sumber Manusia
Negeri Terengganu.


















No comments:

Post a Comment