Thursday, December 11, 2014

YB Kawasan Perlu Ambil Cakna Kekang Masalah Dadah -Sidang Dun

th (5)

Sidang dewan pagi ini kecoh sedikit perihal perbahasan isu dadah di kalangan anak muda di Terengganu.

YB Dato’ Rozi Mamat yang mewakili kerajaan memaklumkan bahawa YB di kawasan masing boleh mewujudkan jawatankuasa bertindak masing-masing bagi membantu kerajaan menangani isu dadah ini. Walaubagaimanapun dewan dikejutkan dengan tindakan beberapa ADUN pembangkang yang mempersoalkan mereka tidak dimaklum dan tidak diajak untuk menganggotai jawatankuasa yang telah dibentuk.

YAB Menteri Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Berindak peringkat negeri yang bangkit mencelah memaklumkan, YB pembangkang boleh mewujudkan jawatankuasa sendiri bagi menangani isu dadah di kawasan-kawasan masing, tidak perlu pihak kerajaan menjemput kerana isu ini adalah masalah bersama. Jadi perlu ada tanggungjawab dan inisiatif daripada YB kawasan sendiri yang perlu bertindak proaktif bagi membantu menangani isu dadah ini.

Rozi juga memaklumkan sidang dewan bahawa pihak kerajaan sememangnya mengambil serius perkara ini kerana ia bukan sahaja melibatkan masa depan mereka yang terlibat dengan dadah tetapi juga melibatkan masalah negara.

Beliau juga memaklumkan tidak timbul isu asal usul keturunan mahupun fahaman politik dalam masalah mereka yang terlibat dengan dadah kerana isu dadah adalah masalah global.
Sumber TK

No comments:

Post a Comment