Friday, January 9, 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan Sukarelawan TTB di Kelantan.




Hari ini dalam sejarah bagi Negeri Terengganu kerana seluruh jentera Kerajaan, PBT, Badan Bukan Kerajaan(NGO) dan Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Terengganu berangkat ke Machang dan Dabong Kuala Krai Kelantan.

Seramai 1000 orang sukarelawan bersama semua aset pembersihan dan juga 100 orang tukang rumah berserta 30 tan kayu pelbagai jenis untuk membaik pulih rumah-rumah mangsa banjir di dua daerah tersebut.

Bagi pembersihan berskala besar 6 buah jentolak(case) dibawa ke Machang dan Dabong bagi melancarkan kerja-kerja pembersihan kawasan banjir di kedua-dua tempat tersebut.

Proses pasca banjir SSTTB (Skuad Sukarewan Transfomasi Terengganu Baharu) akan bermula sepenuhnya pada pagi esok(9 januari 2015) dan buat masa ini sukarelawan baru sahaja tiba di kedua-dua lokasi tersebut.




















No comments:

Post a Comment