Monday, March 18, 2013

PRU13: BN yakin tawan Telemong !!!

Kemenangan BN di Dun Telemong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan sekadar diyakini tetapi kejayaan itu diharapkan sekali lagi mengulangi sejarah PRU12 sebagai Dun terbanyak memenangi majoriti undian di seluruh negara.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat berkata, pihaknya optimis mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut, sekali gus memenangi undi majoriti yang lebih banyak berbanding PRU12 lalu iaitu sebanyak 5,893 undi.

“Dun Telemong telah mencipta sejarah pada PRU lalu, tidak mustahil kali ini kejayaan sama dapat dilakarkan.

"Kita mengharapkan majoriti undi pada PRU13 ini lebih banyak iaitu melebihi 6,000 dan saya yakin ia mampu dicapai. Kali ini, kita akan ‘bahang rapat jik’.

“Masa ditunggu-tunggu sebenarnya telah sampai, cuma kini kita hanya menanti Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja. Semua jentera pilihan raya perlu sentiasa meletakkan diri dalam keadaan siap siaga setiap masa," katanya pada Majlis Perasmian Markas Induk Pemuda BN Dun Telemong dan Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Kuala Ping, di sini, malam semalam.

Majlis turut dirasmikan bersama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Menurut Rozi, markas yang dibina di setiap cawangan turut disertakan dengan senarai tugas bagi melancarkan gerak kerja dilakukan.

Beliau yang juga Adun Telemong berkata, segala yang diuar-uarkan pembangkang dalam perjuangan parti berkenaan sebenarnya telah lama dilaksanakan kerajaan hari ini dan tiada sebab untuk rakyat menyokong parti lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Rozi berkata, Kuala Ping bakal menjadi bandar baru bagi daerah Hulu Terengganu dengan kepelbagaian pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuklah pembinaan bangunan lot kedai.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment