Tuesday, April 2, 2013

Sebuah lagi padang tiruan di Terengganu

Terengganu akan mempunyai sebuah lagi padang tiruan tahun depan bernilai antara RM1 juta hingga RM2 juta di Kompleks Sukan Gong Badak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat berkata ia merupakan padang rumput sintetik kedua selepas yang dibina Kementerian Belia dan Sukan di Tok Jiring.

Beliau berkata kompleks itu sudah mempunyai beberapa buah padang yang boleh dinaik taraf sebagai padang tiruan. - Bernama

No comments:

Post a Comment