Friday, April 11, 2014

Amaran buat THE TITANS



KUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri memberi amaran kepada skuad The Titans (T-Team ) supaya meningkatkan mutu permainan bagi menggelak turun ke Liga Perdana, musim depan.

Menteri Besar Dato Seri Ahmad Said berkata, sekiranya perkara itu berlaku, kerajaan negeri akan melihat kemungkinan untuk mengugurkan pasukan itu dari beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Menurutnya, kerajaan negeri sudah berbelanja jutaan ringgit untuk menguruskan dua pasukan iaitu T-Team dan Terengganu dan mahu melihat kedua-dua pasukan itu menunjukkan permainan terbaik bukannya beraksi yo-yo.

"Kita harap T-Team dapat bangkit dan menggelakkan daripada turun beraksi dalam liga perdana. Jika tidak, tiada lagi kelibat pasukan ini (T-Team) dalam Liga M musim depan.


"Kita telah memberitahu selama ini, kalau gagal dan tidak kekal di divisyen sekarang, kita tidak teragak-agak (bubar). Kita telah melabur banyak, tapi tidak ada kejayaan (T-Team) katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran ekspedisi Terengganu De'Everest 2015 di Wisma Darul Iman, disini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Dun Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat.

T-Team dibawah bimbingan Azraai Khor Abdullah kini menghuni tangga ke sembilan liga dengan meraih 13 mata daripada 12 perlawanan. Skuad terbabit gagal mempamerkan aksi konsisten musim dan faktor utama yang melanda pasukan itu apabila bahagian serangan yang dilihat tumpul.

Ditanya mengenai t-team mahu mengambil bekas penyerang Perancis, Nicolas Anelka, Ahmad tidak mahu menggulas perkara itu sebaliknya minta tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

"Tengoklah macam mana, saya tidak boleh mengulas lanjut sebab masih diperingkat perbincangan'', katanya. 

Sumber : SH

No comments:

Post a Comment