Tuesday, April 22, 2014

SAYA BUKAN CALON MB.

ROZI (3)
Rozi Mamat



Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.


Sebaliknya, Adun Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog, kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said menerajui pucuk pimpinan pentadbiran negeri.


Beliau mengulas perkara itu menerusi akhbar Sinar Harian hari ini, dakwaan itu sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang.

“Saya harap mereka yang menyebarkan cerita-cerita palsu ini supaya berhenti daripada terus berbuat demikian dan tidak sepatutnya berlaku kerana dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sepatutnya kita sebagai umat Islam, jika tidak mampu menjadi garam di lautan, jangan kita jadi langau yang boleh memburukkan keadaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Bapa dan Jabatan Angkat Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang tersebar di laman sosial dan blog, yang mengaitkan sumber yang boleh dipercayai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik sebagai berkata, bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi

Semoga dengan penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan dapat memberi gambaran sebenar. Janganlah kita dengan mudah menyebarkan fitnah yang tidak berasas.

No comments:

Post a Comment