Wednesday, May 14, 2014

7000 Pengakap Sertai Jambori Antarabangsa Terengganu.

jambori

Kira-kira 7,000 anggota pengakap dari            da lam,  dan luar negara bakal menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014 selama enam hari bermula 1 Jun ini.

Jambori tersebut akan berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu dan dijadual dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd. Rahman.

Daripada jumlah peserta itu, 500 orang merupakan peserta antarabangsa dari beberapa buah negara termasuk Singapura, Pakistan, Brunei, Thailand, Ghana, Indonesia dan United Kingdom.

Program yang bertemakan ‘Apresiasi Alam’ itu anjuran bersama Kerajaan Terengganu, Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Dato’ Abdullah Taib berkata, ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana berusia antara 13 hingga 20 tahun akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti secara berkumpulan.

“Pembabitan ahli pengakap di peringkatdunia itu secara langsung dapat mengukuhkan semangat sukarelawan, patriotik dan kemanusiaan sejagat dan sekali gus menjadi medan pertemuan ahli pengakap dari seluruh dunia,” katanya
Sumber: TK

No comments:

Post a Comment