Saturday, May 17, 2014

KERAJAAN NEGERI SASAR 700 PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR



Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Rozi Mamat bergambar dengan penerima anugerah sempena Festival Belia 1Terengganu di Dataran Bato Burok, hari ini


Kerajaan negeri menyasarkan 700 persatuan belia berdaftar di bawah Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sekarang ini terdapat lebih 600 persatuan belia di Terengganu.

“Dalam dua tiga tahun lepas, tidak sampai 100 persatuan belia yang berdaftar. Tetapi tahun lalu jumlahnya sudah meningkat kepada hampir 500 dan tahun ini kita sasarkan 600 hingga 700 persatuan akan didaftar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Festival Belia 1Terengganu bersempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.



Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Rozi Mamat melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah



Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah serta Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga menyasarkan satu kampung satu pertubuhan belia untuk menarik lebih ramai penglibatan golongan muda dalam kepimpinan dan kegiatan sukarelawan di negeri ini.

“Walau bagaimanapun, ianya mengambil masa yang agak lama dan tidak boleh dibuat dalam masa setahun,” ujarnya.

Rozi berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan bantuan pentadbiran kepada persatuan-persatuan belia pada setiap tahun dimana peringkat cawangan akan diberikan sebanyak RM2000,RM5000 (daerah) dan RM10,000 (negeri).

Katanya, jumlah peruntukkan akan bertambah bergantung kepada persatuan yang berdaftar dan kerajaan negeri tidak mengehadkan jumlah yang perlu disalurkan.

“Untuk tahun ini sahaja, sebanyak RM2 juta diperuntukan untuk persatuan belia negeri ini dan buat masa sekarang terdapat lebih kurang 100 ribu belia di Terengganu.
Sumber : TK

No comments:

Post a Comment