Monday, May 19, 2014

SUKMA 2014 : Pasukan memanah sasar 5 pingat emas

DSC_0144 - Copy

Persatuan Memanah Terengganu mensasarkan lima pingat menerusi acara memanah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 yang akan berlangsung di Perlis akhir bulan ini.


Pengurus Pasukan, Ahmad Jalani Halus berkata, selain sasaran untuk mendapatkan dua emas, persatuan turut mensasarkan satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam acara itu yang dipertandingkan bermula 28 Mei hingga 3 Jun depan.


Katanya, bagi acara memanah kontijen Terengganu bakal diwakili 16 atlet yang terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita.


“Atlet memanah kita telah mengikuti latihan intensif di Busan, Korea Selatan selama 10 hari bermula 30 April lalu sebagai persediaan sebelum menyertai kejohanan sebenar.


“Sebelum itu, mereka turut menyertai kejohanan memanah yang diadakan di Universiti Utara Malaysia di Sintok Kedah selama lima hari mulai 15 April lalu,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perjumpaan jabatan angkat, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama atlet memanah di Hotel Tabung Haji, semalam.


Menurut Ahmad Jailani, daripada 14 buah negeri yang menghantar wakil, atlet memanah dari Penang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak adalah saingan utama bagi negeri ini.


“Walau bagaimanapun katanya, berdasarkan persiapan rapi dan dengan kemampuan persembahan terbaik yang dipamerkan pada hari pertama kejohanan, pihaknya yakin atlet memanah kali ini mampu mengulangi kecemerlangan Sukma 2012 di Pahang.


Dua tahun lalu, Terengganu berjaya merangkul juara keseluruhan dalam acara memanah dengan memperoleh sembilan pingat emas, empat perak dan tiga gangsa antaranya menerusi kategori compaun wanita, recurve wanita, berpasukan wanita serta recurve lelaki.

Sumber: TK

No comments:

Post a Comment