Thursday, June 5, 2014

SUKMA PERLIS : Terima Kasih dan Tahniah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SUKMA edisi kali ini telah melabuhkan tirainya, kita hanya berjaya mendapat Naib Juara dengan pungutan pingat Emas sebanyak 51,Perak 55 dan 31 Gangsa,walaupun atlet- atlet serta pegawai -pegawai telah mencuba sedaya upaya namun apakan daya nasib tidak menyebelahi Pasukan SUKMA Terengganu.
Selaku Exco belia dan Sukan saya secara peribadi bangga dan terharu dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh para Atlet SUKMA kali ini.

Walaupun tidak mencapai sasaran juara namun kesungguhan yang ditunjukkan para atlet sangat memuaskan

Saya juga ingin mengucapkan setingi tinggi penghargaan kepada Chief de Mission Yb Mahdi yang menjalankan tanggunjawab dengan cemerlang. Tidak lupa juga kepada semua Yb angkat yang bersama - sama memberi semangat kepada para atlet.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada Kerajaan Negeri Terengganu serta YAB Menteri Besar Dato Ahmad Razif Abdul Rahman kerana memberi 100% sokongan serta komitmen kepada semua yang terlibat pada SUKMA kali ini. Terima Kasih.

Akhir kata semoga di tahun tahun akan datang kita dapat mengatasi kelemahan - kelemahan yang ada dan harapan saya dan juga seluruh rakyat Terengganu moga kejayaan menjadi milik kita.
Terima kasih dan Tahniah semua.

Rozi bin Mamat
Exco Belia & Sukan dan Sumber Manusia.

No comments:

Post a Comment