Thursday, June 26, 2014

T TEAM TIDAK AKAN DIBUBARKAN - MB





“Pasukan kekal, tidak akan dibubarkan. Peruntukkan akan terus disalurkan, kita akan cari jalan untuk pulih semula T-Team dengan kaedah dan pendekatan yang lain.

“Kalah menang adat kita bermain bola, kita cari jalan (pulih T-Team)” itu reaksi Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai mengulas kedudukan T-Team yang tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas menamatkan persaingan Liga Super di kedudukan ke-11 malam tadi.

T-Team yang berada di zon penyingkiran hanya mampu mengumpul 24 mata di tangga ke-11 selepas 22 perlawanan berlangsung, ketinggalan 22 mata di belakang juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) manakala PKNS meraih 18 mata di kedudukan ke-12.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi, T-Team tewas 0-1 kepada Lions XII.

Kata Ahmad Razif, beliau akan meminta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB. Rozi Mamat menyediakan laporan lengkap berhubung perkara itu.

Menurutnya, T-Team tidak akan digugurkan daripada beraksi dalam kancah Liga Malaysia kerana pasukan itu akan memberi kelebihan kepada pemain tempatan.

“Ia platform untuk menggilap bakat pemain Terengganu dalam jangka masa panjang dan T-Team akan memulakan semula program-program untuk mencari bakat.

“Bila kita jatuh, kita akan melangkah semula dari bawah,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah baharu kepada keluarga Wan Yusof Wan Abdul Rahman di bawah Program Bantuan Rumah, Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-7 di Kampung Banggol Che Him, Alur Kuda, Seberang Takir hari ini

Sumber: TK

No comments:

Post a Comment