Monday, September 1, 2014

Explorace Dun Telemong Cipta Kelainan Sambut Kemerdekaan.



Bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-57 tahun ini yang bertemakan ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong telah turun padang bersama-sama warga DUN berkenaan menjelajah ke seluruh kampung melalui Explorace Merdeka N21 DUN Telemong.

Explorace Merdeka yang bermula di Kampung Kuala Telemong dan berakhir di Kampung Dura itu di sertai 82 kenderaan dengan setiap sebuah daripadanya mempunyai empat orang sekumpulan sekali gus melakar sejarah tersendiri kerana julung kali diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Dato’ Rozi Mamat berkata, kesemua individu yang menyertai Explorace mengelilingi semua kampung yang ada dalam kawasan DUN Telemong dan perlu menjawab pelbagai soalan termasuk sejarah termasuk berkaitan makam-makan pahlawan khususnya yang terdapat dalam DUN berkenaan.

“Kita mempunyai 45 buah jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK) dan ada juga dalam kalangan warga dun termasuk JKKK sendiri tidak pernah sampai atau jejakkan kaki ke sesebuah kampung lain tetapi melalui program ini mereka bersatu dan bersama-sama menjelajah ke seluruh kampung.

“Semua ini secara tidak langsung memberikan pendekatan tersendiri bagi warga DUN Telemong menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini,” katanya kepada teganukita ketika ditemui di kemuncak sambutan program tersebut yang diadakan di Dataran Kuala Ping, malam tadi.

Sumber TK. 

No comments:

Post a Comment