Monday, October 27, 2014

Dungun juara Liga Sepaktakraw Terengganu 2014.





Dungun mendahului lapan pasukan lain dalam Kejohanan Liga Sepak Takraw Terengganu (LST) 2014 sekaligus melayakkan diri untuk merebut takhta sebagai juara Piala Terengganu.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT), Mohd Shapian Ali berkata, LST 2014 menghimpunkan lapan pasukan dari setiap daerah untuk bertanding dalam liga manakala empat pasukan teratas akan merebut takhta sebagai juara Piala Terengganu.

“Empat pasukan yang berjaya mara untuk merebut gelaran juara Piala Terengganu selain pasukan Dungun merupakan pasukan Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.

“Kesemua pasukan ini akan bertanding pada 7 dan 8 November ini bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu”, katanya.

LST 2014 adalah anjuran bersama PSNT dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

Semua pasukan yang bertanding dalam LST 2014 telah memulakan perlawanan bermula pada 29 Ogos lalu dan berakhir 24 Oktober baru.

Sumber : TK

No comments:

Post a Comment