Wednesday, October 29, 2014

Haris Salleh Ketuai TSG di Jelajah China.



Pasukan TSG bakal bersaing di Jelajah China.

Pelumba berpengalaman, Haris Salleh mengetuai barisan pelumba pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) dalam tiga kejohanan di China bermula 20 Oktober lalu sehingga 11 November ini.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata tiga perlumbaan itu ialah Jelajah China, Jelajah Taihu dan Jelajah Yan Cheng Costal Westland.

“Setakat ini, kami baharu selesai mengharungi perlumbaan Jelajah China yang diadakan bermula dari 20 Oktober lalu dan berakhir hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas Jelajah China, beliau berkata TSG akan menyertai Jelajah Taihu dari 1 hingga 9 November, sebelum menamatkan perlumbaan dalam Jelajah Yan Cheng Costal Westland, 11 November ini.

Selain Haris, barisan pelumba TSG untuk tiga perlumbaan itu ialah Zamri Salleh, Nor Amirul Fakharuddin, Saiful Anuar Aziz, Mohammad Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin, Mohd Nor Umardi Rosdi dan Adiq Hussaini.

Beliau berkata TSG juga merancang menghantar pelumba mereka menyertai Jelajah Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu dari 28 November sehingga 11 Disember depan.

Katanya enam pelumba disenaraikan bagi membawa cabaran TSG pada perlumbaan tersebut iaitu Adiq Hussaini, Anuar Manan, Haris, Zamri, Nor Amirul dan Yusriza Yusof.

Dalam pada itu, Nasiruddin berkata pasukan TSG kini diletakkan di bawah pengurusan baharu Majlis Sukan Negeri (MSN) bermula 1 September lalu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment