Sunday, November 30, 2014

THT mara ke Separuh Akhir Liga Hoki Malaysia 2014.




Pasukan Hoki Terengganu (THT) menempah slot ke separuh akhir Liga Hoki Malaysia (LHM) 2014 apabila berjaya menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur dalam perlawanan yang berlangsung pada Jumaat lalu di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

THT yang sebelum ini tewas tipis di tangan KLHC pada awal bulan ini ternyata mengejutkan pihak lawan apabila bangkit dengan kemenangan 5-1.

Pada perlawanan kesembilan daripada 10 aksi pusingan awal itu, dua pemain import THT dari Korea Selatan bertindak cemerlang apabila masing-masing menjaringkan dua gol.

Seo Jong Ho menjaringkan gol pada minit ke-17 dan ke-31, manakala Jang Jong Hyun pada minit ke-22 dan ke-38.

Satu lagi gol THT dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-lapan menerusi jaringan padang.

Gol tunggal KLHC dijaringkan oleh Mohd Syamim Mohd Yusof pada minit ke-45.

Dengan kemenangan ini THT yang menduduki tangga teratas dalam LHM 2014 turut meleburkan rekod tanpa kalah KLHC.

Sumber : TK

No comments:

Post a Comment