Friday, November 28, 2014

INTISARI UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO.





Antara intisari ucapan dasar Presiden UMNO:

1. Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan – melindungi kesucian Agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

2. Ikrar beliau untuk menerajui UMNO sebagai wadah memelihara dan memperkasa kepentingan orang-orang Melayu dan bumiputera selain memastikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia

3. Mengajak seluruh ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia membina kehidupan aman makmur stabil dan harmoni berpaksikan SOLIDARITI.

4. Bahawa formula kesentosaan Malaysia adalah SOLIDARITI
( disebut SOLIDARITI sebanyak 11 kali)

5. Sedia timbang/bincang untuk meletakkan Wanita sebagai Naib Presiden dan Naib Ketua Bahagian

6. Menyeru agar usaha ‘peremajaan UMNO’ mestilah direalisasikan pada ertikata sebenar.

7. Istilah ‘peremajaan UMNO’ perlu ditakrifkan sebagai ‘meremajakan’ tahap dan tempo perjuangan UMNO supaya sentiasa segar dan bertenaga serta menepati selera semasa.

8. Sedia memberi tempat kepada golongan muda dalam parti dan kerajaan tetapi masa yang sama mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai. Presiden dan Timbalan Presiden akan mneliti sendiri di dalam penilaian ini.

9. Menyeru ahli UMNO untuk meneruskan semangat juang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan cemuhan.

10. Hakikatnya Malaysia kekal maju dan dikagumi masyarakat antarabangsa meski apapun yang diperkatakan oleh pembangkang.

11. Hakikatnya banyak kejayaan tercipta cuma ada pihak sengaja menafikan dan melemparkan tuduhan buruk yang tidak berkesudahan.

12. Semua perlu akur faham dan terima dengan terbuka tentang Kontrak Sosial yang sudah sekian lama terpahat di dalam Perlembagaan Negara. Ia adalah penting demi mengekalkan kestabilan kesejahteraan rakyat dan negara.

13. Semua ahli UMNO jangan lagi alpa sehingga menghilangkan sokongan dan keyakinan umum. Sekurang2nya sejak 15 tahun lalu ‘kelekaan’ ini berada di mata umum.

14. Apapun ahli-ahli UMNO tidak perlu apologatik sebaliknya terus fokus dan meneruskankan perjuangan dengan penuh sedar dan bersemangat tinggi.

15. UMNO perlu menggunakan segala perkembangan teknologi maklumat dalam pengurusan dan perhubungan mereka.

16. Kemudahan pendaftaran ahli melalui talian (pendaftaran online) diharapkan mendapat sambutan dan memberi kesan baik kepada parti.

17. Hayati perjuangan parti yang berkonsepkan kesederhanaan (wasatiyyah) – mementingkan kecemerlangan dan keseimbangan

18. Semua ahli UMNO digesa untuk sematkan rasa kasih dan sayang kepada parti – tahu membayar harga bagi pengorbanan pemimpin dan pendokong parti yang terdahulu

No comments:

Post a Comment