![](https://scontent-a-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/1969321_748677988558067_394145427180018193_n.jpg?oh=80243f58dd1de5f229b7afc049d65428&oe=550CAD72)
Paolo Rangel bersama Terengganu dengan kontrak 2 tahun.
KUALA TERENGGANU – Penjaring terbanyak Liga Super 2014 Paulo Rangel telah disahkan akan menyertai Terengganu musim depan, di sebalik berita baru sahaja menandatangani penyambungan kontrak dengan Selangor awal bulan ini.
Selain penyerang dari Brazil itu, Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) turut menandatangani kontrak dengan penyerang antarabangsa Lebanon, Hassan ‘Moni’ Chaito bagi melengkapkan kuota empat pemain import.
Rangel yang jua pernah beraksi bersama Perak telah bersetuju untuk beraksi selama dua musim bermula 1 Disember ini manakala Chaito pula diikat selama satu musim.
Mereka akan menyertai tonggak pertahanan kelahiran Cameroon, Vincent Bikana dan pemain tengah dari Argentina, Gustavo Lopez.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman berkata, bagi kes Rangel, walaupun pemain itu masih mempunyai baki dua musim dalam kontrak bersama Selangor, namun pihaknya telah berurusan dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk melepaskan bekas penjaring terbanyak liga itu secara baik.
“Setakat ini, kami tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada Selangor dan mereka juga tidak ada hantar sebarang surat untuk tujuan itu.
“Jika ada apa-apa bayaran yang tertunggak pun, itu antara Selangor dengan pemain. PBSNT tidak terlibat. Kami cuma bayar pemain macam biasa.
“Bila dia (FAS) lepas, kami bayarlah kepada pemain dan agen mengikut persetujuan bersama,” katanya di pejabat PBSNT di sini semalam.
Mengulas mengenai Chaito pula, Arpin memberitahu, selain berkebolehan beraksi sebagai penyerang, pemain berusia 25 tahun itu juga mampu bermain di bahagian tengah.
“Haji Man (jurulatih Abdul Rahman Ibrahim) pun dah lihat keupayaan pemain ini. Dia boleh menggelecek dan pegang bola untuk tempoh yang lama. Jadi kami akan tengok macam mana prestasinya nanti,” ujar beliau.
Tambah Arpin, Rangel dan Chaito dijangka menyertai sesi latihan pertama bersama skuad Penyu mulai awal bulan depan selepas menyelesaikan urusan masing-masing.
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/10320463_971739419521831_5873346338063969454_n.jpg?oh=afba5c8fe404d90f652c08966c42c6bb&oe=551E89EC&__gda__=1423574320_2f7c904466338d1afcc241025ee13f9e)
Hassan Chaito dari Lubnan bakal beraksi di posisi tengah. -Gambar Terengganu FA
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd. Ibrahim memaklumkan pihaknya sudah melepaskan Rangel secara baik meskipun pemain itu sudah menerima wang pendahuluan bayaran tandatangan atau signing on fees sebanyak RM100,000.
“Oleh kerana Paulo telah menyatakan dia tidak mahu beraksi untuk Selangor pada musim depan jadi FAS bersetuju melepaskannya ke pada Terengganu.
“Berkenaan dengan bayaran wang pendahuluan signing on fees yang pernah diterimanya, FAS akan berbincang bersama agennya,” katanya. – Utusan
Helmi Remeli, Manaf kekal, 4 pemain Piala Presiden diserap
Katanya bekas pemain pertahanan Selangor PKNS, Helmi Remeli turut menandatangani kontrak untuk beraksi dengan Terengganu musim depan.
Beliau turut mengesahkan kesemua pemain tempatan musim 2014 termasuk Abdul Manaf Mamat kekal bersama pasukan berkenaan tahun depan.
“Malah, kami juga serap empat pemain pasukan Piala Presiden ke pasukan Liga Super Terengganu,” katanya. – BERNAMA
Terengganu kini lengkap mempunyai 4 pemain import iaitu Vincent Bikana (Cameroon). Gustavo Lopez (Argentina), Paolo Rangel (Brazil) dan Hassan Chaito dari Lubnan yang akan membantu skuad Penyu memburu sekurang-kurangnya 1 piala musim depan.

Sumber : TK
No comments:
Post a Comment