Thursday, January 29, 2015

Baucer RM500 Kepada Anak Terengganu yang Berjaya ke IPT.



Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan anak terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta akan menerima baucer RM500 setiap seorang.

Menurut Razif, pemberian baucer ini yang diputuskan dalam Bajet 2015 ini akan diserahkan bersama-sama dengan wang bantuan ke Universiti bernilai RM1000 bagi membantu pelajar ini membeli kelengkapan komputer riba.
Razif turut berkata, pengeluaran baucer RM500 akan diselaraskan oleh Syarikat Top IT dengan kerjasama dari Yayasan Terengganu.
Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan baucer ini hanya boleh dilaksanakan di kedai-kedai atau vendor yang berdaftar di bawah Syarikat Top IT yang beroperasi hanya di Terengganu.
Pembahagian baucer ini akan bermula pada tahun ini untuk kemasukan peringkat Diploma pada bulan Jun atau Julai dan untuk peringkat ijazah, ianya akan diserahkan pada sesi kemasukan bulan September nanti, katanya lagi.

Sumber : TT

No comments:

Post a Comment