Sunday, February 8, 2015

Terengganu bermula cemerlang dengan Kemenangan 2 0 ke atas Selangor.



Terengganu membuka tirai Liga Super 2015 dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan Selangor 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam ini.

Tuan rumah yang diketuai oleh Ahmad Nordin Alias selaku kapten turun dengan hanya 3 pemain import iaitu Paulo Rangel, Gustavo Lopes dan ‘Kereta Kebal’ Vincent Bikana selepas Hassan Chaito masih dibelenggu kecederaan.

Bagi 20 minit pertama perlawanan banyak didominasi oleh Selangor yang kerap mengasak kubu skuad Penyu dan hampir berada di depan namun gol tidak dikira kerana berada dalam kedudukan offside.

Terengganu melancarkan serangan balas dan berjaya membuahkan hasil menerusi voli cantik pemain sayap kanan Ismail Faruqi Ashari pada minit ke 38 selepas mendapat 3 sepakan penjuru tiga berturut-turut. Gol itu menceriakan hampir 10 ribu penonton yang membanjiri stadium.

Bersambung separuh masa kedua, Terengganu memperkemas permainan dan telah menguasai hampir keseluruhan perlawanan melalui gerakan tengah Gustavo-Nordin serta gandingan penyerang Manaf dan Rangel.





Gol kedua pasukan Peteh dijaringkan oleh pemain import Gustavo Lopez melalui sepakan percuma yang terus menerjah jaring pasukan lawan minit ke 72.

Harapan penyokong tuan rumah untuk melihat Penjaring Terbanyak Liga Super 2014 Paulo Rangel meledak gol tidak kesampaian apabila 2 peluang terbaik beliau menerusi tandukan padu hanya singgah di palang pasukan Red Giants.

3 pertukaran dilakukan pasukan tuan rumah dengan memasukkan Fakrurazi Musa, Shahrin Shapie dan Zairo Anuar Zailani bagi menggantikan Ismail Faruqi, Ashari Samsuddin dan Manaf Mamat.

Dalam pada itu 2 pemain menerima kad kuning malam ini iaitu Zubir Azmi dan Manaf Mamat kerana mengasari pihak lawan.

Selepas ini Terengganu bakal bertandang ke Kuching bertemu pasukan Sarawak bagi perlawanan kedua Liga Super.


Kesebelasan Utama Terengganu

11 Md Sharbinee Allawee Ramli (GK),

5 Vincent Bikana, 8 Gustavo Lopez, 9 Paulo Rangel

16 Md Zubir Azmi, 18 Ahmad Nordin Alias(K), 19 Ahmad Azlan Zainal

21 Helmi Remeli, 22 Md Ashaari Shamsudin

23 Abdul Manaf Mamat, 25 Ismail Faruqi Ashaari

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 2015 :

LionsXII 5 : 3 PDRM
ATM 0 : 2 Kelantan
Felda 3 : 3 Sarawak
Perak 2 : 0 Sime Darby
Terengganu 2 : 0 Selangor

Sumber : TT.

No comments:

Post a Comment