Thursday, February 12, 2015

BELASUNGKAWA :Datuk Hj Hasbullah Awang.




KUALA LUMPUR: Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang, 63. dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam twit terbarunya meluahkan rasa sedih ke atas pemergian Allahyarham yang dianggapnya sebagai ‘Suara Sukan Malaysia’.


Generations will remember Datuk Hasbullah Awang’s voice. Memories of Malaysia’s sporting triumphs & failures intertwined with his commentary

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015

Sedih mendapat berita pemergian ‘the voice of Malaysian sports’ Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015

Allahyarham merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Allahyarham mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau. Ramai yang berpendapat, Allahyarham memiliki tonesuara yang mempunyai weight tersendiri.

Allahyarham yang dilahirkan 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak, memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 RTM selain pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Ketika mengulas perlawanan bolasepak, Allahyarham mempunyai gaya yang tersendiri, beliau akan menyebut asal pemain yang sedang beraksi, apa kegemaran pemain tersebut dan siapa mencungkil bakat pemain itu.

Penonton bukan hanya sekadar melihat aksi pemain itu dan mendengar celoteh pengulas tetapi dapat juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang bintang sukan yang mereka minati.

Itulah kelebihan insan bernama Hasbullah Awang yang mungkin sukar dicari ganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah

ANTARA ULASAN HASBULLAH AWANG YANG MENJADI KENANGAN

Astro Awani | Kemas kini: Februari 12, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 12, 2015 18:02 MYT)

KUALA LUMPUR: Datuk Hasbullah Awang merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan dan mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

Allahyarham pernah menghiburkan kita semua dengan ulasan-ulasan beliau yang mempunyai gaya tersendiri. Berikut adalah antara ulasan Allahyarham yang menjadi kenangan peminat-peminat sukan tanahair.

1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun”

2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki

3. “Dia mengapung-apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam gelangang”

4. “Rashid terbang bagaikan kupu-kupu…” Piala Thomas 1992

5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”

6. “Penyokong Pahang membelah banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006

7. “Oh sayang…hanya ketepatan saja yg tidak menepati….. ”

8. “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”

9. “Manusia paling pantas dimuka bumi”

10. “Ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang…bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor…mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…”

11. “Safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. Safee Sali di situ.. Safiq diseberang sanaa menanti bola”

12. “Satu rembatannn…ooo…terkena palang…sayang sekali…palang menjadi penghalang”

13. “Mereka berkampong di kawasan penalti”

14. “Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar dicari… Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali”

15. “Bola dikaki Badrul Muhayat…oo maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat seorang pelakon.”

Terima kasih Datuk Hasbullah Awang. Kami – peminat sukan di Malaysia – pasti merindui suara dan ulasan anda yang tentunya sukar dicari ganti.
SUMBER : MyKMU

No comments:

Post a Comment