Monday, February 16, 2015

Skuad Sukarelawan TTB jadi Unit Khas Kerajaan Negeri.


Kerajaan negeri akan memperkasakan peranan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) sebagai satu unit khas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihak berwajib dalam setiap kerja sosial dan sukarelawan pasukan itu tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, berkata unit yang ditubuhkan di bawah portfolio beliau akan memperuntukkan sejumlah bajet khusus dan pelantikan jawatankuasa bagi melancarkan pentadbiran serta mencapai hasrat penubuhannya selaras dengan konsep TTB.

“Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan belia di Terengganu, saya amat teruja malah tidak pernah menduga, hikmah di sebalik musibah banjir yang melanda negara khususnya Pantai Timur berjaya menerbitkan budaya muafakat, kasih-sayang dan jati diri yang luar biasa di kalangan orang muda.

“Biarpun pada hakikatnya, Skuad Sukarelawan TTB yang disertai anak muda seawal 15 hingga 40 tahun sudah lama wujud, namun banjir yang lalu memberi impak yang besar dan membuka mata ramai mengenai objektif serta sasaran penubuhannya,” katanya baru-baru ini.

Rozi berkata, keahliannya bertambah dengan mendadak dan mencecah sehingga 1,500 orang berikutan kesedaran yang tinggi di kalangan anak muda selepas melihat penderitaan ramai mangsa banjir sekaligus bertujuan menjayakan misi kemanusian banjir di Machang, Dabong (Kelantan) serta Pekan dan Temerloh (Pahang), baru-baru ini.

Katanya, sejajar denganpenubuhannya bukan semata-mata mengejar kuantiti sebaliknya menekankan kualiti keahlian skuad itu akan diperhalusi bagi mengutamakan kualiti dan bukan semata-mata kuantiti.

Tambah beliau, peranan skuad itu bukan sahaja membantu pasca banjir malah bersedia mengerah tenaga untuk sebarang kerja sosial yang lain seperti bergotong-royong membersihkan persekitaran masjid, pusat rekreasi dan juga rumah kebajikan.

Menurut Rozi, pada masa akan datang setiap ahli akan dřihantar menyertai kursus tertentu termasuk latihan asas keselamatan seperti bantuan kecemasan, memadam kebakaran dan pengendalian bot supaya lebih bersedia berdepan dengan pelbagai situasi yang genting dan bencana.

sumber TK

No comments:

Post a Comment