Tuesday, March 3, 2015

TSG Dapat Penajaan 1.98 Juta.




Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima tajaan melebihi RM1.9 juta daripada 12 agensi terkemuka kerajaan dan bukan kerajaan dalam majlis pelancaran jersi pasukan dan memperkenalkan pelumba-pelumba serta penaja pasukan berbasikal negeri hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmaf Razif Abdul Rahman itu turut memperkenalkan barisan pelumba pasukan musim 2015 yang diwakili sepuluh orang anak tempatan dan seorang pelumba import dari Singapura di mana pengurusan pasukan berada di bawah Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Dato Rozi Mamat.

Sementara itu, Zhen Yu Feng dari United States dilantik sebagai pengurus pasukan manakala Sebastian Duclos dari France dilantik sebagai ketua jurulatih bagi tahun ini.



Dalam pada itu, Ahmad Razif ketika ditemui pemberita menyatakan harapan yang tinggi terhadap pasukan TSG untuk memperoleh kemenangan podium yang lebih banyak dalam kejohanan Le Tour De Langkawi tengah bulan ini.

Beliau turut menyatakan bahawa pasukan TSG merupakan duta kepada kerajaan negeri Terengganu dalam mempromosikan negeri Terengganu kepada negara-negara luar.

Turut hadir dalam majlis ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato Zubir Embong, Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Abdul Rashid Jusoh.

No comments:

Post a Comment