Sunday, March 30, 2014

Konvensyen Plan Pembangunan Sepak takraw 10 tahun Negeri Terengganu dan Kejohanan Sepak takraw Terbuka Terengganu 2014









Pada 29hb Mac 2014 berkesempatan merasmikan Konvensyen Pelan Pembangunan 10 tahun Sepak takraw Terengganu dan Kejohanan Sepak takraw Terbuka Terengganu 2014 di dewan Felda Kerteh 3.

Hadir sama wakil Pengurus Besar Felda Tuan Hj Hamid , pemain lagenda sepak takraw Malaysia Adnan Saidin,Pengurus Kerteh3 En Jailani, Pengerusi Belia MBFM  Wilayah Terengganu En Fauzi Adam serta wakil Penganjur kejohanan.

Majlis Konvensyen Pelan Pembangunan 10 tahun Sepak takraw Terengganu diadakan di Uitm Dungun dan perasmian diadakan serentak dengan kejohanan Sepak takraw Terbuka ini.

Sebanyak 28 pasukan berentap dalam Kejohanan kali ini dan diharapkan dapat membangunkan lagi sepak takraw di Terengganu dengan penyertaan dari negeri Pahang ,Selangor serta dari daerah- daerah di Terengganu sendiri.

Pada hari yang sama pasukan Sepak takraw Belia Negeri Terengganu melakar sejarah sebagai johan menewaskan pasukan negeri kelantan dalam Kejohanan Sepak takraw Belia Kebangsaan di Perlis.. Tahniah.

Negeri Terengganu sudah melahirkan ramai bintang dalam bidang sukan dan diharapkan dengan Pelan Pembangunan 10 tahun ini dpt meningkatkan lagi kemajuan sukan sepak takraw negeri Terengganu dan Negara khasnya.

1 comment:

  1. Tahniah Yb..atas sokongan demi memajukan sukan melayu Malaysia..semoga Yb akan terus membantu & memberi semangat kpd anak2 melayu yg mahu mengembalikan zaman kegemilangan sukan ini..

    ReplyDelete