Thursday, August 7, 2014

Program Dana Bakti Remaja masih di buka - YB Dato Rozi Mamat.

1 (17)
Rozi Mamat


Golongan remaja di negeri ini masih berpeluang membuat rayuan atau mengemukakan permohonan baru bagi menyertai Program Bakti Remaja 2014 sehingga 31 Ogos ini.

Mereka yang berkelayakan boleh berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) atau Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Permohonan secara online hanya akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri meluluskan kira-kira RM17 juta kepada 85,886 penerima bagi permohonan lalu.

Berdasarkan jumlah itu, Kemaman mencatatkan jumlah penerima paling ramai iaitu 13,299 individu membabitkan RM2.7 juta diikuti Hulu Terengganu (11,215 individu, RM2.3 juta); Marang (11,099, RM2.2 juta) dan Kuala Nerus (10,984, RM2,2 juta).

Manakala bagi Setiu pula seramai 10,867 individu dengan peruntukan RM2.2 juta, Besut (10,691 individu, RM2.2 juta), Dungun (9,145 individu, RM1.8 juta) dan Kuala Terengganu mencatatkan 8,586 individu membabitkan bayaran RM1.7 juta.

Katanya, pihaknya ada menerima 90,723 bagi permohanan lalu di seluruh Terengganu, tetapi hanya 85,886 melepasi kelayakan, manakala selebihnya iaitu 4,837 didapati tidak layak.

“Kebanyakan permohonan ditolak disebabkan umur melebihi 40 tahun, sudah berkahwin, belum mendaftar sebagai pengundi dan pendapatan melebihi RM1,500 sebulan,” katanya ketika dihubungiteganukita hari ini.

Peserta program itu akan menjalani kursus sehari sebelum layak menerima Dana Bakti Remaja berjumlah RM200 setiap peserta

4 comments:

  1. X NAFI,NAK DUIT KENA USAHA SIKIT.TP KADANG BOSAN JUGAK...DAH SUBMIT TP KENA REPEAT OR RAYUAN..BILA NGUNDI..,X PERNAH PLAK SAYA "FAILED"BALIK NGUNDI..WALAU JAUH,WALAU DEKAT TETAP JUGAK BALIK NGUNDI....BILA BNYAK SANGAT KARENAH MCM NI,SAYA DAH MUAK..BERKAHWIN SELAMA 6 THN,BARU SKALI TAHUN LEPAS DAPAT..PERTAMA KALI SELEPAS 6 TAHUN KAWIN..PADAHAL SAYA NI ANAK TRG,IC PUN TRG...

    ReplyDelete
  2. mcm mana nak dptkan dana ni...slps sy apply borang..tp xdpt sbrg info lg ni..

    ReplyDelete
  3. dh dana raya hok rayuan biler nop buleh bohh... thu wape aribln pun jd dh..

    ReplyDelete
  4. tahu lah wehh.... aku check lulus dana dlm ttb. tp sapa arini xdok buleh lg pun. xtahu pah mane dana. sohbeng wi ngak lahh...

    ReplyDelete